Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalkan

Puisi
 

Pucuk kaduk di tepi perigi,
     Diambil orang anak beranak;
Biar buruk asalkan besi,
     Sanggup rebah kayu yang banyak.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCik Ahmad menikam gamat, Bunga melur kembang sekali; Biarlah lambat asalkan selamat, Di dalam telur boleh kunanti.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaTuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak dara berkain cukin, Dari Daik bulan puasa; Tidak kira kaya miskin, Asalkan baik budi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas.
Kurik Kundi Merah SagaKencang utara daratan Siam, Bunyi beduk dari hulu; Datang sengsara duduk diam, Asalkan tertutup sekalian malu.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dadan apia, Dampar di pantai dimakan buaya; Makansedikit tidak mengapa, Asalkan boleh membawa gaya.
Kurik Kundi Merah SagaAsah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kodok tepi perigi, Buah rambai dalam baldi; Biar buruk rupa diri, Asalkan pandai mengambil hati.
Kurik Kundi Merah SagaSipitang Kuala Tuhur, Banyak perahu di tepi pantai; Minta maaf kata terlanjur, Asalkan hajat kita sampai.
12

Kembali ke atas