Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalkan

Puisi
 

Pucuk kaduk di tepi perigi,
     Diambil orang anak beranak;
Biar buruk asalkan besi,
     Sanggup rebah kayu yang banyak.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Biar alah sabung,
     asalkan menang sorak.

Bermaksud :

Biar harta habis, asalkan hati puas. (Bandingkan dengan: Alah sabung, menang sorak).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tippingpengjongketanMekanikGunaanProses untuk menjadikan sesuatu bongkah tidak tergelangsar, asalkan permukaan sentuh yang terlibat cukup kasar untuk menghalang bongkah itu daripada menggelangsar dan daya tindak balas normal tidak dapat mengimbangi kesan penjongketan yang disebabkan oleh daya kenaan. Daripada Rajah P7, misalnya, dapat dilihat bahawa keseimbangan momen di sekitar titik O boleh dipertahankan selagi x < a. (Perhatikan bahawa keseimbangan berkenaan memerlukan x = Ph/W). Apabila x ³ a, bongkah itu terjongket. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 149 RAJAH P7
free vectorvektor bebasMekanikGunaanVektor yang boleh diubah kedudukannya di ruang tanpa mengubah kesan tindakannya, asalkan magnitud dan hala vektor itu tidak diubah. Dalam analisis mekanik, vektor bebas ditempatkan pada sebarang kedudukan yang boleh memudahkan analisis. Contoh bagi vektor bebas ialah ganding.
free softwareperisian bebasTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang lengkap dengan kod sumber dan diedarkan kepada pengguna. Pengguna dibolehkan menukar, menggunakan atau mengedar asalkan semua pindaan ditanda dengan jelas dan nama serta notis hak milik penulis asal tidak dibuang atau diubah suai.
viscous dampingperedaman likatMekanikGunaanPeredaman yang disebabkan oleh bahan seperti air, minyak dan udara. Di bawah peredaman likat, daya pelambat berkadar langsung dengan halaju jasad yang bergetar asalkan jasad bergerak melalui bahan tersebut dengan perlahan. Daya pelambat yang berkenaan dinamai daya peredaman likat.
iqalahpembatalanPerniagaan IslamTiadaPembatalan semua bentuk akad yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, kecuali akad perkahwinan. Contohnya, pembatalan akad jual beli dan tindakan membatalkan akad yang telah termeterai adalah sah asalkan barangan yang terlibat dalam akad urus niaga masih ada dan kekal seperti keadaan asal. Sekiranya barang tersebut rosak, maka pembatalan akad adalah tidak sah.
central repositoryrepositori pusatTeknologi MaklumatPerisianPusat penyimpanan dan penyelanggaraan data. Pusat ini biasanya mengandungi lebih daripada satu pangkalan data yang dihubungkan antara satu sama lain dalam satu rangkaian komputer. Oleh itu, capaian data pada repositori pusat ini boleh dilakukan pada sebarang tempat asalkan komputer tersebut dihubungkan ke sistem rangkaian tersebut.
change houserumah tukarKejuruteraanPetroleumSejenis pondok aneka atau ruangan kecil yang digunakan oleh para pekerja di rig sebagai tempat menukar pakaian mereka semasa sedang menjalankan tugas di rig. Biasanya rumah atau ruangan kecil ini terdapat di lantai rig juga ataupun di tempat lain, asalkan berdekatan dengan rig berkenaan supaya mudah bagi para pekerja rig menukar pakaian mereka.
puppet regimerejim bonekaSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat.
sing conventionkelaziman tandaMekanikGunaanKetentuan yang diterima untuk hala positif dan hala negetif bagi vektor. Kelaziman ini ditentukan untuk kegunaan umum supaya analisis matematik yang dibuat oleh seseorang mudah difahami oleh orang lain. Kelaziman tanda kadangkala ditentukan secara sebarangan untuk sesuatu analisis tertentu tetapi ia perlu tekal bagi keseluruhan analisis itu. Misalnya, momen dalam 2-D biasanya ditakrifkan sebagai positif jika hala anak panah membulat yang mewakili momen itu menghala pada arah jam dan negatif jika menghala pada arah lawan jam. Kelaziman yang sebaliknya boleh juga digunakan asalkan penggunaan itu kekal untuk sesuatu analisis.
rotation of a lineputaran garisMekanikGunaanGerakan sudut bagi sesuatu garis nisbi terhadap sebarang arah rujukan yang tetap. Gerakan sudut garis hanya bergantung pada sesaran sudutnya dan pada terbitan-terbitan masa sesaran itu. Gerakan yang berkenaan tidak memerlukan wujudnya suatu paksi tetap, normal ke satah gerakan, yang di sekitarnya garis itu berputar. Terbitan pertama terhadap masa bagi koordinat kedudukan sudut q ialah halaju sudut w bagi garis itu, dan terbitan keduanya ialah pecutan sudut a. Bagi gerakan satah, persamaan pembeza yang mencirikan gerakan itu sepenuhnya ialah w = dq/dt, a = dw/dt dan w dw = a dq. Hubungan yang pertama dan kedua merupakan takrif bagi parameter-parameter kinematik yang berkenaan, manakala hubungan ketiga diperoleh dengan melenyapkan sebutan dt daripada dua persamaan pertama itu. hubungan tersebut serupa dengan hubungan untuk gerakan melurus zarah; malahan semua hubungan untuk gerakan melurus zarah boleh digunakan untuk putaran garis di satah asalkan kuantiti linear s, v dan a digantikan dengan kuantiti sudut yang berpadanan, q, w dan a. Gerakan sudut garis penting dalam memerihalkan gerakan jasad tegar kerana gerakan jasad tegar itu dipastikan melalui pemastian gerakan bagi suatu titik dan gerakan sudut bagi suatu garis pada jasad itu.

Kembali ke atas