Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalnya

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Misai pulang ke bibir.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang ayat ini. 'Kuala Lumpur asalnya berada di dalam negeri Selangor.' Betulkah ayat ini? Terima kasihAyat yang betul ialah Kuala Lumpur asalnya berada dalam negeri Selangor.Tatabahasa26.04.2012
Apakah definisi Diaspora?Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain.Makna05.11.2009
Saya hendak mengajarkan ayat songsang yang berikut kepada anak saya: 1.Memberitahu saya Ali bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura.) 2. Diberitahu oleh Ali saya bahawa dia akan ke Singapura. (Asalnya: Saya diberitahu oleh Ali bahawa dia akan ke Singapura.) Adakah bentuk ayat songsang tersebut betul? Saya memohon jawapan segera kepada tuan.

Ayat asal : Ali memberitahu saya bahawa dia akan ke Singapura

Ayat songsang : Dia akan ke Singapura, Ali memberitahu saya.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa20.01.2010
Assalamualaikum.... Saya ada dua pertanyaan: 1. Perkataan MANTAN dalam Kamus Dewan diperikan sebagai pernah memegang jawatan suatu masa dahulu. Benarkah makna asalnya ialah Mundar-Mandir Tanpa Jawatan? 2. Ramai yang menggunakan perkataan SADO untuk merujuk lelaki yang sasa. Adakah perkataan SADO dibentuk secara akronim? Jika benar, apa rangkai katan asalnya? Terima kasihTidak ada asal kata mantan dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan perkataan "sado" tidak ditemukan sebarang maklumat tentang kata tersebut, Antara kedua-dua kata tersebut, kata "mantan" banyak digunakan dalam konteks rasmi, manakala kata "sado" hanya digunakan dalam bahasa percakapan.   Istilah13.08.2015
Perkataan “whole” dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan “dalam bentuk asalnya”. Adakah terdapat padanan lain yang lebih sesuai atau jelas untuk menggantikan padanan ini? Fermented soya bean product 221. (1) Fermented soya bean product shall be the soya bean, whole or ground, that have been fermented with harmless microorganism. It may contain other wholesome food. The product shall not be a sauce and includes tauju or sufu, and tauceong or taucu. Produk kacang soya tertapai 221. (1) Hasil Produk kacang soya tertapai hendaklah merupakan kacang soya, dalam bentuk asalnya atau dikisar, yang telah ditapai dengan mikroorganisma tidak berbahaya. Ia boleh mengandungi makanan lain yang selamat dimakan. Hasil Produk tersebut itu tidak boleh menjadi kicap dan termasuklah tauju atau sufu, dan tauceong atau taucu.Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul.Penyemakan dan penterjemahan30.06.2021
Betulkah perkataan biduan asalnya bidu(w)an (menggunakan akhiran -wan)? Jika ya, apakah makna bidu?Perkataan biduan merupakan kata dasar  dan perkataan bidu tidak terdapat dalam data rujukan kami.Tatabahasa09.01.2018
Asalamualaikum. Dalam komunikasi harian, perkataan bahasa pasar "Wei" sering digunakan dan tidak terkandung dalam kamus. Saya ingin tahu tentang etimologi perkataan tersebut dan perkataan asalnya walaupun perkataan tersebut bahasa pasar.Kata "wei" belum terakam dalam kamus bahasa Melayu. Oleh sebab kata ini digunakan dalam bahasa basahan/percakapan, kata ini mungkin berasal daripada bahasa asing  yang digunakan oleh penutur asalnya yang berurusan dengan masyarakat di negara ini. Kata ini mungkin berasal daripada bahasa orang Cina/China. Kajian lanjut perlu dijalankan.Lain-lain29.06.2023
Munurut "Kamus Dewan Edisi Keempat", "imlak" pada asalnya merupakan bahasa Arab yang bererti perbuatan menyebut perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain. Namun demikian, hampir semua cikgu menggunakan perkataan "ejaan" untuk aktiviti itu. Yang manakah yang betul?Perkataan ejaan lebih umum dan biasa digunakan di peringkat persekolahan dan mudah difahami oleh pelajar. Pada peringkat yang lebih khusus atau teknikal bolehlah perkataan imlak diperkenalkan dan digunakan.  Lain-lain17.04.2008
Cikgu DBP, adakah selepas ejaan “Redha" bertukar menjadi "Reda” sebagai kata pinjaman bahasa Melayu, bunyi sebutan akan berubah juga? Dengan ini maksudnya saya asalnya "Redha" disebut dengan bunyi -dh itu, iaitu Re-dha, tetapi selepas penyesuaian ejaan berlaku, maka bunyi h digugurkan dan hanya bunyi -d disebut, iaitu Re-da? Atau cara sebutan kata pinjaman "Reda“ ini masih kekal sama seperti ejaan asalnya, iaitu "Redha" walaupun ejaannya telah berubah?Ejaan yang betul ialah "Reda" berdasarkan pedoman ejaan bahasa Melayu. Kita masih menerima pakai buku istilah tersebut di samping Kamus Dewan Edisi Keempat dan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi, Sebutan, Jawi). Berkenaan bunyi sebutan, tuan bebas menyebutnya dengan bunyi "dh" tidak ada salahnya.

 

Ejaan04.07.2014
Assalamualaikum, Pertanyaan saya adalah mengenai istilah PENGKID. Dari mana asalnya istilah PENGKID yang merujuk wanita yang berpakaian dan bergaya seperti lelaki dan mempunyai selera seks terhadap kaum sejenis (wanita). Sekian Terima Kasih.

Saudara Sharah,

Dalam sumber rujukan kami, belum ada istilah pengkid yang dirakamkan secara rasmi. Perkataan ini juga mungkin bersifat kolokial/slanga. Saudara digalakkan membuat rujukan di mana-mana pusat sumber untuk mengetahui asal usul perkataan ini.

Lain-lain27.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas