Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalnya

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Misai pulang ke bibir.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
inersiainertiaSifat jasad yang cuba menentang perubahan keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak.Menengah Atas
kekenyalanelasticityKeupayaan sesuatu bahan yang boleh kembali kepada saiz, panjang atau bentuk dimensi asalnya setelah daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan.Menengah Atas
struktur beranaloganalogous structureStruktur yang merujuk kepada persamaan dari aspek fungsi dan rupa bentuk, bukan dari sumber asalnya. Contohnya, persamaan struktur dan fungsi kepak serangga dengan kepak burung. Kedua-duanya mempunyai struktur dan fungsi yang sama tetapi berasal dari dua kumpulan haiwan yang berbeza.Menengah Atas
setengah hayathalf-lifeMasa yang diambil oleh bahan radioaktif untuk mereput sehingga kuantitinya tinggal sebanyak setengah daripada kuantiti asalnya. Tempoh setengah hayat bagi setiap isotop radioaktif adalah berbeza.Menengah Atas
migrasimigrationPerpindahan sebilangan besar organisma daripada suatu populasi, dari suatu habitat ke suatu habitat yang lain. Perpindahan ini biasanya berlaku berdasarkan musim, iklim atau bekalan makanan. Contohnya, pada sesuatu musim sesuatu populasi haiwan mungkin berpindah ke sesuatu habitat, manakala pada sesuatu musim yang lain pula, populasi tersebut akan balik ke habitat asalnya.Menengah Atas

Kembali ke atas