Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalnya

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Misai pulang ke bibir.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Asalnya kandis buah gelugur, Masak sebiji di pintu pagar; Duduk menangis di pintu kubur, Terkenang di dunia tidak belajar.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kata adat kata berasal, Asalnya dari syarak dan undang; Ada adat sempurna akal, Akal terpuji akhlak terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pulau Tioman Lautan Cina, Asalnya naga mati berhempas; Sungguh nampak bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Mali-mali hujung pangkalnya, Asam kandis asam gelugur; Kembalilah dagang asalnya, Duduk menangis pintu kubur.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Nampak sebuah kapal perang, Rakyat banyak bukan sedikit; Kota Melaka asalnya padang, Kerana siapa jadi bukit?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kain Bugis kain Palembang, Pakai anak Raja Semarang; Mas merah asalnya kurang, Emas bersepuh di kayu arang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau memakan keladi puyang, Jangan lupa pada bungkalnya; Kalau termakan budi orang, Jangan lupa pada asalnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas