Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asalnya

Puisi
 

Kulit kerang asalnya kapur,
     Anak Batak pandai menari;
Letak apa belanga ke dapur,
     Kalau masak angkat ke mari.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Misai pulang ke bibir.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belut pulang ke lumpur.Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Misai pulang ke bibir.Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Belut pulang ke lumpur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ikan pulang ke lubuk.Telah kembali ke tempat asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga.Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. rembes = meresap keluar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga.Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemiri jatuh ke pangkalnya.Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga.Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan.Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bapa burik anaknya tentu rintik.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas