Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Tamarindus indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tama­rin­dus indica; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam jawa

Puisi
 

Asam jawa pokok di hutan,
     Dibawa orang tanam ke desa;
Selagi nyawa dikandung badan,
     Tidaklah hamba berputus asa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan, Saya masih keliru dengan penggunaan akhiran "kan". Contoh ayat: 1 Asam jawa diramaskan (atau diramas?) dengan air dan dilumurkan (dilumu?) pada badan.... 2 Asam jawa dicampurkan (atau dicampur?) dengan daun rambutan ..... 3 Tiga sudu besarr asam jawa direbus (atau direbuskan?) bersama-sama ....

Daripada contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata kerja yang betul ialah:

  1. diramas
  2. dilumur
  3. dicampurkan
  4. direbus
Tatabahasa24.12.2018
Soalan: Apakah terjemahan “asam gelugur” dalam bahasa Inggeris? Sering kali dijumpai dalam buku masakan dan di internet bahawa “tamarind slices” adalah “asam gelugur”. Ini sangat mengelirukan kerana istilah “tamarind” adalah merujuk kepada asam jawa yang datangnya dari pokok asam jawa, bukannya pokok gelugur. Harap DBP dapat berikan penjelasan. Terima kasih.​Tiada padanan yang tepat bagi istilah asam gelugur dalam bahasa Inggeris kerana istilah sumbernya merupakan istilah tempatan.Istilah03.11.2023
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009

Kembali ke atas