Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Tamarindus indica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tama­rin­dus indica; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam jawa

Puisi
 

Asam jawa pokok di hutan,
     Dibawa orang tanam ke desa;
Selagi nyawa dikandung badan,
     Tidaklah hamba berputus asa.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Tamarindus indicaAsam jawaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai celagi. Tumbuhan jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8-16 anak daun. Jambak bunga jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitaman. Pokok ini ditanam sebagai makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat anti-radang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk rawatan sembelit, luka, seriawan (ulser mulut), demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia) dan mengurangkan kolesterol.
Tamarindus indicaasam jawaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Fabaceae yang dikenali juga sebagai celagi. Tumbuhan ini jenis pokok sederhana besar. Daunnya jenis pinat, mempunyai 8 hingga 16 anak daun. Jambak bunganya jenis rasem. Bunganya kecil berwarna kekuning-kuningan. Buahnya jenis lenggai, lurus atau bengkok sedikit. Bijinya keras dan berwarna perang kehitam-hitaman. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan makanan dan landskap. Antara sebatian kimia dalam pulpa buah ialah asid sitrik, asid malik, asid tartarik, monoterpena, asid nikotinik dan sinamat. Buahnya digunakan untuk merawat demam, batuk, sakit tekak, bengkak, bisul, penyakit kuning, penyakit kulit, ekzema, luka, sembelit dan seriawan. Bijinya mengandungi albuminoid yang digunakan secara luaran untuk merawat gigitan haiwan. Daunnya mengandungi flavonoid, bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgesik), antiseptik dan menggalakkan pengeluaran peluh (diaforetik). Daunnya digunakan untuk merawat sembelit, luka, seriawan, demam, gatal kulit, bisul, demam kuning, sukar tidur (insomnia) dan mengurangkan kolesterol.
tamarind (Tamarindus indica)asam jawa (Tamarindus indica)PertanianTiadaTiada
tamarind (Tamarindus indica)asam jawa (Tamarindus indica)Pentadbiran PerniagaanTiadaTiada
antitussiveantitusifHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk menahan batuk. Contoh herba ini ialah asam jawa, madu dan limau nipis.
antitussiveantitusifHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau melegakan batuk. Contohnya, ekstrak daripada buah asam jawa (Tamarindus indica) dan buah limau nipis (Citrus aurantifolia) yang bersifat antitusif.
stipelstipelBotaniTiadaHelaian kecil seperti stipul yang berada di pangkal petiolul pada daun majmuk seperti daun asam jawa. Lihat juga stipul, daun majmuk, petiolul.
demulcentdemulsenHerbaTiadaHerba bermusilaj tinggi yang membentuk filem pada membran mukus untuk melegakan kesakitan dan keradangan. Contoh herba ini ialah asam jawa, rozel dan misai jagung. Bahan demulsen yang digunakan dalam campuran ubat batuk seperti pektin dan madu.
compound leafdaun majmukBotaniTiadaDaun yang mempunyai lebih daripada satu lai daun yang tersusun pada rakis, iaitu yang membelah sampai ke tulang daun sehingga terbentuknya anak-anak daun. Contohnya, daun belimbing, daun asam jawa dan daun rambutan.
compound pinnatedaun majmuk pinatBotaniTiadaDaun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun sepanjang rakis. Daun ini terdiri daripada berbagai-bagai-bagai jenis, iaitu unipinat, bipinat dan tripinat. Contohnya, daun belimbing dan daun asam jawa.

Kembali ke atas