Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keping (kata nama)
Bersinonim dengan helai, nipis, tipis, lembaran, carik, lampir, pipih, cabik, cebis;,
Kata Terbitan : berkeping-kepingan, mengeping, kepingan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Adakah ayat-ayat di bawah betul dari segi struktur bahasanya?Jika tidak mohon pihak tuan memberi penerangan yang LEBIH lanjut. - Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. - Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. - Kedai menjual alat tulis itu dibuka hingga lewat malam. 2) Adakah asam keping dan asam gelugur memberi maksud yang sama? Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai digunakan untuk asam gelugur?Biji atau keping?Atau kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan. 3) Apakah perkataan berlawanan yang paling tepat bagi menyangkal? A)membantah B) mengakui C) Mengikut D) menurut1.Ayat yang berikut telah diperbaik manakala ayat lain betul.
Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.

Penggunaan hingga dan ke dianggap lewah
2.Berdasarkan rujukan kami, asam keping dan asam gelugur ialah sama.Penjodoh bilangan yang paling hampir ialah keping.

3.Perkataan yang paling hampir ialah mengakui.
Tatabahasa07.08.2013
1. penggunaan perkataan 'ia' adakah untuk manusia sahaja (kata ganti nama diri ke-3) atau boleh juga diguna untuk ganti nama merujuk kepada benda seperti maksud yang terdapat dalam kamus dewan edisi ke-4. Contoh ayat: Kereta itu Baharu. Ia berwarna biru. salah atau betul sila berikan ulasan. bolehkan ia disamakan dengan 'it' dalam bahasa inggeris. 2.Apakah penjelasan bagi penjodoh bilangan 'keping' dan 'papan'. 3. perbezaan penggunaan kata seru 'wah' dan 'amboi" tolong berikan ulasan. 4. Partikel 'lah' dan'tah' apakah ulasan dan penggunaannya.

1. Kata "ia" boleh digunakan untuk orang, perkara dan benda, tidak boleh digunakan untuk binatang. "ia" boleh disamakan dengan "it" dalam bahasa Inggeris.

2. Penjodoh bilangan keping digunakan untuk benda yang pipih atau nipis seperti papan, roti, gambar, tiket, duit, kertas/syiling, getah. Penjodoh bilangan papan pula digunakan untuk benda-benda seperti mercun, asam jawa, petai, kerdas.

3. Kata seru "wah" ialah kata seru utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): Wah, dahsyat sungguh!; 'Amboi' ialah kata seruan utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

4. Partikel -lah dan -tah digunakan untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kehadiran -lah dan -tah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 261.

Tatabahasa03.08.2009

Kembali ke atas