Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
paya (kata nama)
Bersinonim dengan rawa, rawang, redang, bencah, lopak, kubang.,

Puisi
 

Asam paya buahnya kisip,
     Mari dijual di Batu Pahat;
Badan saya tidak bernasib,
     Diberi baik hendaknya jahat.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya buahnya manis, Bawa dari Sungai Tongkang; Pagi raya duduk menangis, Mengenang diri di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya buahnya kisip, Mari dijual di Batu Pahat; Badan saya tidak bernasib, Diberi baik hendaknya jahat.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya tepi perigi, Mari diletak di kayu jati; Jangan percaya mulut lelaki, Berani bersumpah takut ke mati.
Kurik Kundi Merah SagaAsam paya di dalam belukar, Pohon jati di tengah huma; Hati saya tidak boleh ditukar, Hidup mati hendak bersama.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna asam paya, Kalau tidak menggulai ikan; Apa guna lagak dan gaya, Kalau bahasa tidak dihiraukan.
Kurik Kundi Merah SagaMasak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Keling berkedai rempah, Asam paya melawan cuka; Sudah nasib tuan menempah, Barang dicari kerap berjumpa.
Kurik Kundi Merah SagaLagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.

Kembali ke atas