Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sap] | اسڤ

Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sap] | اسڤ

Definisi : wap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASAP

Asap terdiri daripada zarah pepejal dan cecair

yang terbahagi kepada bahagian-bahagian kecil

yang terampai di dalam gas. Asap terbentuk

terutamanya daripada zarah karbon yang terhasil

daripada pembakaran bahan api. Asap boleh

membahayakan paru-paru. Asap juga

menghitamkan bangunan, menghakis logam, dan

merosakkan tumbuhan. Semua ini mengakibatkan

kerugian ekonomi yang besar. Asap mempunyai

sedikit kegunaan. Ini termasuklah mengawet

daging, menghasilkan isyarat tentera berwarna,

dan melindungi dusun daripada kesan fros.

UMUM 
PENGESAN ASAP UMUM 
PERGUNUNGAN GREAT SMOKY

Pergunungan Great Smoky diberi nama

sedemikian kerana pergunungan itu biasanya

diliputi asap kabus atau jerebu. Pergunungan ini

adalah antara yang tertinggi dan paling

berceranggah dalam sistem Pergunungan

Appalachian di Amerika Syarikat. Great Smoky

dipenuhi hutan tebal dengan lebih daripada 200

spesies pokok. Pokok ini mewujudkan suasana

kabus yang amat tebal dan lembap yang kelihatan

seperti asap kabus di puncak gunung.

UMUM 
MEROKOK

Merokok ialah proses menyedut asap tembakau

daripada rokok, cerut atau paip ke dalam mulut

dan biasanya ke dalam paru-paru juga, sebelum

menghembusnya keluar. Istilah ini biasanya

merujuk kepada tabiat menghisap rokok, iaitu cara

merokok yang paling biasa.

UMUM 
ASBUT

Asbut ialah satu bentuk pencemaran udara.

Istilah ini pertama kali digunakan pada tahun 1905

untuk menerangkan gabungan asap dan kabut

tebal yang kadangkala menyelubungi London

serta bandar raya lain di United Kingdom. Kini,

asbut juga merujuk kepada keadaan yang

disebabkan oleh tindakan cahaya matahari pada

gas ekzos daripada kenderaan bermotor dan

kilang. Asbut jenis ini kadangkala dikenal sebagai

asbut fotokimia .

UMUM 
TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi ialah penghantaran dan

penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat

yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera,

lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang

paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai

jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik

yang digunakan di seluruh dunia. Sistem

telekomunikasi moden menghantar dan menerima

bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat

dalam sekelip mata.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
JEREBU

Jerebu merupakan kabut yang terjadi disebabkan asap, debu dan habuk yang terapung-apung di udara melekat pada wap air.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ATRIUM

Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang

Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan

yang digunakan untuk memasak, tidur dan

berhibur. Satu lubang di tengah-tengah

bumbung membolehkan asap keluar. Apabila

reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju,

dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang

lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan

pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk

melalui lubang di tengah-tengah bumbung

ditadah dalam besen marmar yang dikenali

sebagai impluvium. A trium orang Rom yang

tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah.

Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom).

UMUM 
FENOMENON PENGANGKUTANMekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
12

Kembali ke atas