Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sap] | اسڤ

Definisi : 1. gas yg kelihatan keluar dr benda yg dibakar (berkepul-kepul dsb naik ke udara); 2. = ~ air wap; ~ air mata = ~ tangis gas pemedih mata; ~ api asap yg keluar dr api; ~ belerang asap dr belerang (gunung berapi); ~ kemenyan asap yg keluar apabila kemenyan dibakar; belum dipanjat ~ kemenyan prb belum ber­kahwin; menggantang ~ (mengukir langit) prb a) melakukan perbuatan yg sia-sia; b) berangan-angan (akan sesuatu yg tidak mung­kin dicapai);berasap 1. mengeluarkan asap, ada asap; 2. diselubungi oleh kabus; dapur tidak ~ prb miskin sekali; telah ~ hidungnya prb telah beroleh keuntungan se­sudah lama menderita kekurangan;mengasap 1. menjadi asap; 2. = mengasapi; mengasapi 1. mengenakan asap pd sesuatu (supaya masak, harum, kering, hilang nyamuk, dll); 2. memasak (mengeringkan, meng­harum­kan, dsb) dgn asap: perempuan itu mengangkat tempat bara utk ~ rumahnya; ~ daging mengeringkan daging dgn asap; ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn me­ngenakan asap dupa; pengasapan perihal (perbuatan) mengasapi; perasap, perasapan tempat membakar ke­menyan dll, pedupaan: ia menyuruh aku me­masang ~ dan memasukkan sedikit setanggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sap] | اسڤ

Definisi : wap yg di dlmnya terdapat karbon dan kelihatan keluar dr benda-benda terbakar. ~ air sj gas yg keluar dr air yg mendidih. ~ api asap yg keluar dr api. ~ belerang asap yg keluar dr belerang gunung berapi. ~ kemenyan asap yg keluar dr kemenyan yg dibakar. ~ rokok asap dr rokok yg dihisap. berasap mengeluarkan asap; ada asapnya. mengasapi mengenakan asap pd sesuatu supaya masak (kering, harum dsb). ~ daging menyalai daging. ~ getah mengeringkan getah dgn asap. ~ nyamuk menghalau nyamuk dgn asap. ~ pakaian mengharumkan pakaian dgn asap setanggi dsb. perasapan tempat membakar kemenyan dsb. pengasapan hal (cara, perbuatan dsb) mengasapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ribbed smoked sheet (RSS)getah asap berbunga (GAB)PertanianAgronomi

 Getah keping yang telah melalui mesin penggiling berjalur, dikeringkan dan dijemur di dalam rumah asap. Pengasapan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan kulat pada getah. Kepingan getah asap berbunga (GAB), digredkan mengikut warna, konsistensi dan kandungan bahan asing. Gred GAB1 adalah yang paling baik diikuti GAB2 dan GAB3.

black smokeasap hitamKejuruteraanTiadaAsap yang mengandungi karbon tak terbakar.
second hand smokeasap sekunderKejururawatanTiadaAsap tembakau yang disedut secara tidak langsung dari alam persekitaran.
smoke detectorpengesan asapSosiologiTiadaAlat yang dapat mengesan asap untuk mengendalikan penggera bagi tujuan keselamatan.
smoke damagekerosakan asapPentadbiran PerniagaanTiadaKerosakan yang disebabkan oleh asap kebakaran dan ini berbeza dengan kerosakan disebabkan oleh api.
arctic sea smokeasap laut artikMeteorologiMeteorologi PerhubunganSama dengan asap laut.
smoky quartzkuarza asapGeologiTiadaVarieti kuarza habluran yang berwarna kuning asap hingga kelabu perang, biasanya lutsinar, mengandungi kepungan karbon dioksida, dan ada kalanya digunakan sebagai batu permata semiharga.
smoked fishikan salaiPerikananTiada1. Ikan yang diawet dengan menggunakan asap supaya lebih tahan lama. 2. Produk hasil perikanan yang diasapkan di rumah asap. Penghasilan ikan salai adalah dengan menggunakan kayu jenis keras ketika proses mengasap bagi mendapatkan aroma dan rasa yang berbeza. Kayu bergetah tidak sesuai digunakan kerana boleh menyebabkan tekstur ikan menjadi pahit.
smoke pointtakat asapMakanan dan PemakananTeknologi MakananSuhu terendah apabila minyak atau lemak mengeluarkan hasil meruap yang boleh dilihat, disebabkan oleh penguraian. Takat ini berbeza mengikut jenis minyak atau lemak dan mempunyai julat antara 160 � 260oC. Secara amnya minyak mempunyai takat asap yang lebih tinggi daripada lemak.
clouds from industryawan industriMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan yang terhasil daripada pelbagai kegiatan, seperti awan daripada asap dan daripada pemeluwapan stim di kawasan industri; awan asap yang dihasilkan untuk melindungi hutan, dan awan daripada gas atau debu racun serangga yang digunakan di kawasan pertanian.
12345678910...

Kembali ke atas