Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa.si] | اساسي

Definisi : menjadi dasar, yg menjadi pokok: undang-undang ini tidak mengganggu hak-hak ~ rakyat lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa.si] | اساسي

Definisi : yg menjadi dasar atau pokok: hak-hak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud "pencabulan hak asasi manusia" maksud dari segi perkataan dan dari segi sudut malaysiaPerbuatan mencabul hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pen­dapat, menganuti sesuatu agama, bergerak, dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Lain-lain14.08.2009
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Saya seorang pelajar asasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan saya sedang melakukan kajian mengenai penggunaan singkatan dalam Bahasa Melayu . Saya ingin bertanya kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka , adakah pihak DBP bersetuju bahawa masyarakat Malaysia kini terlalu banyak menggunakan singkatan perkataan ( peninggalan bunyi ) dalam bahasa Melayu ? Sebagai contoh , masyarakat Malaysia sering menyingkatkan perkataan dalam percakapan seperti sudah menjadi dah, tidak boleh menjadi takleh, sekejap menjadi jap . Adakah penggunaan singkatan yang berlebihan dalam komunikasi ini benar-benar berlaku ? Jika ya, apakah kesannya kepada masyarakat dan apakah langkah yang patut masyarakat Malaysia lakukan untuk mengatasi masalah ini ? Sekian persoalan dari saya. Terima kasih.Salam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi. 

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar.

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.

Lain-lain25.10.2020
Assalamualaikum w.b.t Saya seorang pelajar dari pusat asasi UIAM. Saya ingin bertanya lagi sekali, mengapa orang Malaysia sangat suka menyingkatkan perkataan seperti sudah menjadi dah ? atau sekejap menjadi jap ? adakah kerana sifat bangsa kita malas atau sebaliknya ? Saya mohon pencerahanSalam sejahtera,

Penggunaan singkatan pada perkataan

Untuk makluman anda, bagi mengetahui sama ada dakwaan bahawa masyarakat Malaysia terlalu banyak menggunakan singkatan dan penggunaan berlebihan dalam komunikasi benar-benar berlaku dalam masyarakat atau tidak, DBP berpandangan penyelidikan yang autentik dan terperinci perlu dilaksanakan. Data penyelidikan diperlukan untuk mengetahui kebenaran dakwaan ini dan bukan setakat persepsi.  

Penyelidikan penggunaan singkatan dalam komunikasi boleh dilaksanakan dalam dua (2) konteks, iaitu komunikasi dalam situasi rasmi dan situasi tidak rasmi. Secara umumnya, penggunaan singkatan dalam konteks rasmi mesti mematuhi  pedoman penulisan singkatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu dan rujukan lain seperti  Kamus Dewan dan Kamus Pelajar

Penggunaan singkatan yang tidak mengikut pedoman khususnya dalam situasi dan penggunaan rasmi memberikan kesan negatif kepada sistem bahasa Melayu yang baku. Berbeza daripada komunikasi tidak rasmi dan bahasa basahan, singkatan memang lazim. Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul mengikut konteks penggunaannya.  

Sekian, untuk makluman.


Lain-lain25.10.2020
Contoh ayat: Banyak daripada kita kurang peka akan hak asasi kita sebagai warganegara Malaysia. Adakah ayat ini betul dari segi bahasa? Sila sertakan dengan penerangan yang terperinci. Terima Kasih...

Ayat tersebut betul. Frasa banyak dalam ayat tersebut boleh digunakan dan frasa tersebut merujuk kepada bilangan orang .

Tatabahasa07.04.2011
Saya ingin menerbit buku ilmiah Math (dalam bahasa melayu) untuk rujukan pelajar peringkat pengajian asasi di Universiti. Mohon untuk beri prosedur yang perlu diikuti.Jika tuan/puan sudah mempunyai bahan atau manuskrip, tuan/puan boleh menghantar bahan tersebut bersama-sama surat kepada Ketua Bahagian Buku Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau telefon 03-21479428/21479431 untuk mendapatkan maklumat.  Terima kasih.Karya11.02.2015
Istilah HADTERIMA bidang Kejuruteraan dalam Bahasa Inggerisfundamental tolerance(Inggeris-Melayu) had terima asasi Bidang: KEJMakna16.08.2007
Adakah sesuai Pengunaan istilah Pra Universiti untuk pelajar tingkatan enam?Prauniversiti ialah sebelum memasuki universiti seperti matrikulasi dan pusat asasi. Tingkatan enam  dianggap peringkat sekolah menengah.Makna25.10.2011
1. optimis 2. hina-dina 3. idealis Apakah jenis kata bagi kata di atas. Sama ada kata adjektif atau kata nama. Bolehkah tolongkan saya semak ayat berikut ? 1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif atas apa-apa perkara. 2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina kerana mereka mempunyai hak asasi manusia. 3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri. 4. Perselisihan mereka sudah terlerai. Terima kasih!

Golongan kata

1.  optimis - kata adjektif dan kata nama

  2. hina-dina /hina- kata adjektif dan kata kerja

3. idealis - kata nama

Ayat

1. Orang yang optimis akan sentiasa bersikap positif dalam apa-apa perkara.

2. Pengemis tidak harus dipandang hina-dina/hina kerana mereka juga mempunyai hak asasi manusia.

3. Janganlah kita menjadi idealis kerana sifat itu menyusahkan orang lain dan diri sendiri.

4. Perselisihan faham antara mereka sudah terlerai/diselesaikan.

Tatabahasa07.03.2010
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan dalam ayat di bawah ? 1)Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. 2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. 3)Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia.1) Senarai kemasukkan murid ke sekolah berasrama penuh lazimnya akan diketahui pada bulan Febuari. Perkataan yang betul ialah kemasukan, iaitu perkataan masuk menerima apitan ke-...-an bukannya apitan ke-...-kan.
2) Sesaorang yang mempunyai kadar kolesterol yang melebihi, berisiko tinggi menghadapi penyakit jantung. Perkataan yang betul ialah berlebihan.
3) Dalam persidangan tersebut, semua ketua deligasi telah bersetuju untuk penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu-isu hak asasi manusia. Perkataan yang betul ialah delegasi dan menubuhkan.
Tatabahasa27.03.2014
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu.

Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah  Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS),    Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. 

 

Lain-lain15.01.2011
12

Kembali ke atas