Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sa.si] | اساسي

Definisi : menjadi dasar, yg menjadi pokok: undang-undang ini tidak mengganggu hak-hak ~ rakyat lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sa.si] | اساسي

Definisi : yg menjadi dasar atau pokok: hak-hak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM 
DEKLARASI SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia

diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.

Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,

politik dan hak sosial serta kebebasan setiap

manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi

Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia

dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak

yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa

deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard

umum pencapaian untuk semua manusia dan

semua negara.

UMUM 
HAK ASASI MANUSIA UMUM 
BIL HAK ASASI UMUM 
PENGISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA UMUM 
ASASIPersatuan penulis.  ASASI ialah singakatan bagi Angkatan Sasterawan Nasional Kedah.  SASTERAKegiatan
KUTTAB, AL-

Kuttab, al- ialah istilah yang digunakan di dunia

Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi

bagi kanak-kanak. Pertama, ia merujuk kepada

pendidikan kanak-kanak tentang ilmu-ilmu Islam

seperti al-Qur’an, hadis, fiqah dan lain-lain,

termasuk juga pendidikan asas bahasa Arab, yang

meliputi kaedah-kaedah, tulisan, bacaan, syair dan

sebahagian daripada ilmu hisab kepada kanak-kanak.

Semua tempat belajar ini dinamakan sama

ada dengan nama al-Kuttab, al-Maktab atau al-

Khulwah.

UMUM 
ARCHIPENKO, ALEXANDER

Archipenko, Alexander (1887–1964) merupakan

perintis dalam seni ukiran kubisme. Dia merupakan

salah seorang pengukir terawal yang menunjukkan

bahawa ruang adalah sama penting dengan objek

padu. Ini merupakan unsur yang asasi dalam gaya

Archipenko sepanjang kariernya. Cara dia

menggabungkan bahan padu dan berongga

mempengaruhi ramai pengukir moden. Ukiran

Archipenko berbentuk cekung (melengkung ke

dalam), cembung (melengkung ke luar), bersegi-

segi dan mempunyai bukaan. Contoh-contoh lazim

yang menggambarkan gaya ukirannya termasuk

Dual (1955) dan Architectural Figure (1957).

UMUM 
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH

Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989)

ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka

kerana penyelidikannya tentang tindak balas

termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli

sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal

tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal

kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia

dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah

Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir

tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena

Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet

dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi

manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun

1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa

Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy

Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada

orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan

dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989,

Sakharov dipilih menjadi ahli dewan

perundangan Soviet yang baru dibentuk yang

dinamakan Kongres Wakil Rakyat.

UMUM 
REVOLUSI GEMILANG

Revolusi Gemilang berlaku pada tahun l688

bagi menamatkan pemerintahan Raja James II di

England dan melantik William III dan Mary II

sebagai pewaris takhta. Revolusi itu memantapkan

hak Parlimen untuk mengawal warisan terhadap

takhta dan mengehadkan kuasa raja. Pada tahun

l689, Parlimen meluluskan Rang Undang-undang

Hak Asasi yang mengharamkan penganut Roman

Katolik daripada menaiki takhta dan melarang

seseorang raja daripada menangguh undang-undang,

mengekalkan angkatan tentera ketika

aman, atau pengenaan cukai tanpa kelulusan

Parlimen.

UMUM 
12

Kembali ke atas