Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.bés.tos] | اسبيستوس

Definisi : (asbéstos) bahan yg dijadikan keping­an-kepingan yg dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan utk bum­bung atau siling rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.bés.tos] | اسبيستوس

Definisi : /asbéstos/ sj bahan yg tidak mudah terbakar dan biasanya digunakan sbg penebat haba dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asbestos


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASBESTOS

Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral

bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai

banyak sifat yang menjadikannya berharga dari

segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau

tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik.

Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh

kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh

menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika

banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan

bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh.

Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia

berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke

udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai

dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah

hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan

penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan

dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini

biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja

menangani asbestos.

UMUM 
SERPENTIN

Serpentin ialah mineral yang mempunyai

komposisi kimia Mg3Si205(0H)4. Ia wujud dalam dua

bentuk yang jelas. Antigorit , sejenis mineral yang

berkeping, didapati dalam batu-batan yang besar.

Batu-batan ini sering bercapuk-capuk dengan

pelbagai warna hijau. Apabila digilap, ia kelihatan

seperti marmar. Serpentin demikian digunakan

sebagai batu hiasan yang dikenali sebagai antik

hijau , atau marmar serpentin . Krisotil , sejenis

serpentin berserat ialah jenis asbestos yang

paling penting. Krisotil dilombong di Kanada,

Kazakhstan, Rusia, dan Afrika Selatan.

UMUM 

Kembali ke atas