Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.bés.tos] | اسبيستوس

Definisi : (asbéstos) bahan yg dijadikan keping­an-kepingan yg dapat menyekat haba atau kepanasan dan biasanya digunakan utk bum­bung atau siling rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.bés.tos] | اسبيستوس

Definisi : /asbéstos/ sj bahan yg tidak mudah terbakar dan biasanya digunakan sbg penebat haba dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asbestos


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asbestos shinglessirap asbestos; genting asbestosKejuruteraanTiadaTiada
furane asbestosasbestos furanKejuruteraanKejuruteraan KimiaPlastik furana yang diisi dengan asbestos yang dimajukan untuk mengatasi kelemahan ketahanan kakisan alkali asbestos fenolik, tetapi harganya lebih mahal.
asbestosasbestosKimiaTiadaKumpulan mineral magnesium silikat tak tulen yang bergentian. Asbestos tidak mudah terbakar, tidak aktif dari segi kimia dan mempunyai rintangan elektrik yang tinggi. Bahan ini digunakan sebagai penebat haba, penebat elektrik, bahan kalis api dan pelapik gasket. Bagaimanapun, kegunaan asbestos agak terhad kerana pendedahan yang keterlaluan terhadap bahan ini boleh menyebabkan asbestosis dan kanser.
striated asbestosasbestos garitKejuruteraanKejuruteraan Bangunanasbestos yang tekstur permukaannya mengandungi carikan, garis selari dan beralur yang digunakan pada siling.
phenolic asbestosasbestos fenolikKejuruteraanKejuruteraan KimiaPlastik fenolik yang diisi dengan asbestos dan merupakan plastik binaan berkos rendah, bersifat mekanikal yang kuat, dan tahan kakisan kimia kecuali terhadap asid pekat.
asbestosasbestosTeknikElektrikbahan galian silika berbentuk serabut yang diperoleh daripada bahan batu tertentu dan merupakan penebat haba yang baik dan tahan suhu tinggi. asbestos digunakan sebagai penebat dawai atau alatan elektrik yang terdedah kepada suhu tinggi, seperti ada penghujung dawai unsur pemanggang roti dan seterika.
asbestosasbestosFizikTiadaKumpulan mineral silikat yang bergentian, terutama magnesium silikat, dan digunakan untuk membuat penebat haba, penebat elektrik, bahan kalis api, dan pelapik.
asbestosasbestosKejuruteraanTiadaKumpulan mineral silikat yang bergentian, terutama magnesium silikat, dan digunakan untuk membuat penebat haba, penebat elektrik, bahan kalis api, dan pelapik.
asbestosasbestosSukanTiadaKumpulan mineral silikat yang bergentian, terutama magnesium silikat, dan digunakan untuk membuat penebat haba, penebat elektrik, bahan kalis api, dan pelapik.
asbestosasbestosGeografiTiadaKumpulan mineral silikat yang bergentian, terutama magnesium silikat, dan digunakan untuk membuat penebat haba, penebat elektrik, bahan kalis api, dan pelapik.
123456789

Kembali ke atas