Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (aséan) akronim bagi Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asean


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEKLARASI ASEANDEKLARASI ASEAN, dokumen asas yang termaktub dan unggul kepada pertubuhan ASEAN untuk mewujudkan kerjasama serantau. Deklarasi ini juga dikenal sebagai Deklarasi Bangkok, ditandatangani pada 8 Ogos 1967 oleh Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Carlos Romulo (Setiausaha Luar Filipina), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Tun Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand). SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

(Association of Southeast Asian Nations [(ASEAN)]

ialah sebuah pertubuhan negara-negara di Asia

Tenggara – Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,

Singapura , Thailand, dan Vietnam. Ia menggalakkan

kerjasama ekonomi, kebudayaan, dan sosial di

kalangan negara anggota. Walaupun ASEAN

berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai

rantau yang aman dan stabil, namun ia bukan satu

pakatan ketenteraan.

UMUM 
PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Sebuah organisasi serantau yang bertujuan untuk menyelaras serta mempereratkan kerjasama di kalangan negara-negara anggotanya. ASEAN telah diasaskan oleh Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 
ZIARAH,ZIARAH,  novel karya Iwan Simatupang.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1969 oleh Penerbit Djambatan, di Jakarta, Indonesia.  Ziarah pernah mendapat Hadiah harapan pada sayembara UNESCO yang dianjurkan oleh Ikatan Penerbitan Indonesia dan hadiah Sastera ASEAN 1977.SASTERAAdat
ZAID AHMADZAID AHMAD  (1944-     ),  penulis. Dia lahir pada bulan Mei 1944 di Kampung Jias, Pasir Mas, Kelantan. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Pasir Mas hingga lulus Darjah Enam.  Kemudian dia meneruskan pelajaran menengahnya di Sekolah Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan hingga lulus FMC pada tahun 1963.  Selepas itu, dia menuntut pula di Central Inland Fisheries Institute, Calcutta, India.  Pada tahun 1975, dia mengikuti program ASEAN Training Course di Sukabujmi, Indonesia.  Kini dia bertugas sebagai pegawai perikanan di Machang, Kelantan.SASTERATokoh

Kembali ke atas