Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (aséan) akronim bagi Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerja­sama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asean


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ASEAN Free Trade Area (AFTA)Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaAturan perdagangan serantau yang membentuk blok perdagangan antara negara anggota ASEAN. Perjanjian penubuhan AFTA dimeterai oleh Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada tahun 1992. Vietnam menyertai AFTA pada tahun 1995, Laos dan Myanmar menyertainya pada tahun 1997, dan Kemboja menganggotainya pada tahun 1999. Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing ekonomi ASEAN menerusi pengurangan dan penghapusan halangan perdagangan tarif dan bukan tarif. AFTA juga bertujuan untuk meningkatkan kemasukan pelaburan langsung asing ke rantau ASEAN. Mekanisme terpenting AFTA ialah Skim Tarif Keutamaan Efektif Umum (CEPT) yang mengurangkan dan menghapuskan tarif terhadap produk yang didagangkan sesama negara anggota ASEAN. Peranan AFTA dan mekanismenya termasuk CEPT telah diambil alih oleh Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) yang memperkukuh lagi integrasi dalam kalangan negara anggota ASEAN.
ASEAN Common Technical Dossier (ACTD)Dosier Teknikal Sepunya ASEAN (ACTD)HerbaPeraturan dan PemasaranGaris panduan dalam penyediaan permohonan Dosier Teknikal Sepunya (CTD) yang dikemukakan kepada pihak berkuasa pengawalan ASEAN bagi pendaftaran produk farmaseutikal berasaskan herba untuk kegunaan manusia.
AFTA CouncilMajlis AFTAUndang-undangUndang-undang AntarabangsaMajlis yang dianggotai oleh menteri ekonomi atau perdagangan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). Majlis tersebut bertanggungjawab melaksanakan dasar liberalisasi tarif dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Lihat juga Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
member statenegara anggotaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaNegara yang merupakan ahli dalam sesebuah organisasi politik, ekonomi atau perdagangan, seperti Kesatuan Eropah dan ASEAN. Negara anggota akan terlibat secara langsung dalam semua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh organisasi tersebut. Contohnya, Malaysia merupakan negara anggota ASEAN yang menjadi tuan rumah persidangan ASEAN pada tahun 2015. Oleh itu, kesemua ahli negara anggota ASEAN yang lain harus sama-sama turut menjayakan setiap program yang dilaksanakan.
common effective preferential tariff schemeskim tarif keutamaan efektif umum (CEPT)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaSkim dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang mewajibkan tarif dikurangkan secara beransur-ansur kepada kadar 0 hingga 5 peratus bagi barangan yang didagangkan antara negara AFTA. Skim ini bermula pada 1 Januari 1993 dan sepatutnya dilaksanakan sehingga sempurna pada tahun 2003. Terdapat tiga pengecualian dalam skim ini, iaitu pengecualian sementara, produk pertanian sensitif dan pengecualian umum. Skim CEPT diganti oleh Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) pada tahun 2010, yang membentuk sebahagian daripada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
regional agencyagensi serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi tetap yang ditubuhkan hasil daripada pakatan atau persetujuan oleh negara berdaulat dalam sesuatu rantau. Contohnya, Kumpulan Kerja Agensi-Agensi EKS ASEAN (SMEWG). Agensi serantau ini bertanggungjawab menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara-negara anggota ASEAN.
regional organizationpertubuhan serantauGeografiTiadaPertubuhan yang didirikan bagi tujuan pembangunan serantau, misalnya ASEAN, EAEC, EEC dan sebagainya.
matured countrynegara matang)GerontologiTiadaNegara yang mempunyai 11% hingga 14% jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas (ASEAN). Sinonim matured nation.
youthful nationnegara beliaGerontologiTiadaNegara yang mempunyai 6% hingga 10% jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas (ASEAN). Sinonim youthful country.
administrative datadata pentadbiranHerbaPeraturan dan PemasaranMaklumat dalam dokumen khusus dan terperinci yang diperlukan dalam Dosier Teknikal Sepunya ASEAN (ACTD) bagi pendaftaran produk farmaseutikal berasaskan herba untuk kegunaan manusia. Dokumen ini merangkumi borang permohonan, surat pemberikuasaan, pensijilan, label dan maklumat produk.
123

Kembali ke atas