Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sék.sual] | اسيکسوال

Definisi : (aséksual) (Bio) 1. tidak melibatkan aktiviti atau hubungan seks; 2. tidak mempunyai alat jantina atau organ seks yg jelas; 3. tidak melibatkan percantuman sel pembiakan jantan dgn sel pembiakan betina: pem­biakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aseksual


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asexual reproductionpembiakan aseksualPertanianAgronomi

Proses pembiakan yang biasanya berlaku pada organisma satu sel seperti bakteria dan kulat. Proses ini tidak melibatkan meiosis, pengurangan ploidi dan persenyawaan antara gamet jantan dengan betina. Pembiakan aseksual akan menghasilkan baka yang sama seperti baka induknya. Tumbuhan boleh membiak secara seksual melalui pembentukan biji benih atau secara aseksual melalui bahagian vegetatif.

binary fissionbelahan deduaPerubatanTiadaPembiakan aseksual dalam organisma satu sel melalui pembahagian kepada dua sel anak yang serupa.
cloneklonSains ForensikTiada1. Kumpulan sel atau organisma yang dihasilkan melalui pembahagian aseksual sel induk secara berulangan. 2. Replika jujukan DNA yang seiras yang dapat dihasilkan melalui pengantara pengklon dan manipulasi gen. 3. Proses menghasilkan replika jujukan DNA yang mencukupi daripada sumber yang sedikit supaya maklumat genetik dapat dikaji dengan lebih lanjut dalam kajian forensik atau penyakit.
sporesporaPerikananAkuakulturSel pembiakan organisma patogen. Spora mampu berkembang menjadi organisma baharu secara aseksual. Contoh organisma yang menghasilkan spora ialah bakteria dan kulat.
BulbilbulbilPertanianAgronomi

Bebawang kecil yang dihasilkan pada batang atau bebawang dan digunakan untuk bahan tanaman aseksual seperti bawang besar. Bulbil boleh digunakan sebagai bahan pembiakan. Sinonim sulur bebawang.

vertical gene transferpemindahan gen menegakBioinformatikBioinformatik MolekulPemindahan bahan genetik dari induk kepada zuriat (anak) melalui pembiakan seksual atau aseksual.
cladocerakladoseraPerikananAkuakulturSejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 ­– 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna.

Kembali ke atas