Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sét] | اسيت

Definisi : (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangun­an, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewa­ng­an (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak men­janakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi mem­beri hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayar­an­nya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sét] | اسيت

Definisi : /asét/ ist apa-apa yg dimiliki oleh seseorang (syarikat dsb) dan mempunyai nilai wang. ~ benar aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera yg tidak mudah ditukarkan kpd bentuk tunai. ~ pasif aset yg tidak menjana pendapatan. ~ semasa aset yg nilainya sering berubah-ubah. ~ tetap aset yg dpt digunakan bertahun-tahun lamanya. ~ tunai aset dlm bentuk tunai termasuk wang di tangan, deposit bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aset


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Dalam Bahasa Inggeris, "a portfolio of asets", dalam Bahasa Melayu, terjemahannya ialah "sebuah portfolio aset-aset" atau ""sebuah portfolio aset". Secara amnya, bilakah kita guna kata nama bilang (plural noun) seperti pokok-pokok, anak-anak, harta-harta dan bilakah kata nama itu tidak boleh diulang meskipun ia adalah dalam "plural form". Terima kasih.

Dalam terjemahan bahasa Melayu tidak perlu dijamakkan, memadai dengan 'Portfolio aset' atau gunakan kata 'semua', 'Portfolio semua aset'.

Saudara boleh juga menggunakan kata 'semua', 'segala' dsb. untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Contoh: Semua pokok, segala harta dll.

 

Lain-lain13.08.2009
Kaedah menggunakan tanda "/" dalam penulisan. a) Senarai aset/inventori. b) Senarai aset/ inventori. Perlu diletakkan sengkang selepas tanda "/" atau tidak? Terima kasihKaedah penulisan yang betul:

a) Senarai aset/inventori (tidak perlu dijarakkan selepas tanda palang)
Lain-lain23.03.2017
Assalamu'alaikum. Apakah terjemahan yang betul untuk "asset under management" - " aset bawah pengurusan" atau "aset di bawah pengurusan"? Terima kasih.Terjemahan yang betul ialah aset di bawah pengurusanMakna16.03.2017
sukukSIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH.Istilah22.10.2010
Mohon bantu terjemahkan perkataan berikut: People & Capital Resources Department - Pandangan saya Modal Insan & Pengurusan Aset (Skop kerja Sumber Manusia, Pengurusan Aset Kenderaan dan Fasiliti) Talent Acquisition & Rewards -Cadangan terjemahan bagi People & Capital Resources Department ialah Jabatan/Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Aset

Cadangan terjemahan: Talent Acquisition & Reward - Pemerolehan Bakat dan Ganjaran
Penyemakan dan penterjemahan20.12.2018
BUDAYA KITA ASET PELANCONGAN NEGARA. BAHASKAN PENDAPAT INI.(350 PATAH PERKATAAN)Pihak DBP tidak membantu pengguna bahasa untuk menyediakan esei atau tugasan. Saudara boleh membaca atau merujuk makalah berkaitan perkara ini di dalam majalah, surat khabar atau risalah yang terdapat di pasaran.     Lain-lain12.03.2008
penggunaan ayat di bawah betuk ke salah. Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia. Mohon beri penjelasan.Ayat yang puan berikan ialah "Kesihatan diri merupakan aset yang penting untuk melahirkan seseorang yang hidup sihat dan bahagia."
Ayat ini boleh diperbaik sedikit kepada: Kesihatan diri merupakan aset penting bagi kehidupan yang sihat dan bahagia.
Lain-lain11.10.2016
Perkataan asset atau aset? Yang mana satu yang tepat?Ejaan yang tepat ialah asetIstilah05.03.2020
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah ayat yang betul? (a) "Berapakah jumlah aset yang anda merancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?"; atau (b) "Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?" Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk diketepikan bagi tujuan pelaburan?

Tatabahasa03.10.2021
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV?

Saudara Joseph,

Cadangan  padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'.

Istilah22.06.2009
123

Kembali ke atas