Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sét] | اسيت

Definisi : (asét) 1. wang tunai dan harta benda (spt tanah, bangunan, dll) yg dimiliki seseorang (sesebuah syarikat, pertubuhan, dll); 2. ciri, sifat istimewa, dll yg bernilai atau berguna (pd seseorang dll); ~ benar (Eko) aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera, yg tidak mudah ditukar­kan kpd wang tunai; ~ berisiko (Eko) aset bank yg nilainya tertakluk kpd perubahan harga pasaran atau perubahan kualiti kredit pelanggan, mis saham syarikat; ~ bersih (Eko) lebihan jumlah nilai aset drpd jumlah liabiliti atau tanggungan; ~ bukan kewangan (Eko) aset yg tidak merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai spt mesin, bangunan, tanah, dll; ~ cair (Eko) wang atau aset lain yg boleh ditukarkan dgn segera kpd tunai; ~ cepat (Eko) aset semasa yg boleh ditukarkan kpd wang tunai dlm tempoh yg singkat (biasanya satu bulan); ~ fizikal = ~ ketara (Eko) aset spt tanah, bangun­an, kereta, mesin, dll yg benar-benar wujud (boleh disentuh atau dilihat); ~ kewa­ng­an (Eko) aset yg merupakan tuntutan utk menerima sejumlah tetap wang tunai; ~ modal (Eko) aset ketara dan tak ketara yg digunakan utk menjalankan aktiviti sesuatu organisasi; ~ pasif (Eko) aset yg tidak men­janakan pendapatan; ~ semasa (Eko) wang atau aset lain yg mudah ditunaikan atau dijual; ~ tak ketara (Eko) aset yg tidak wujud secara fizikal (spt paten, hak cipta, dll) tetapi mem­beri hak kpd pemiliknya utk menerima bayaran atau faedah lain; ~ terakru (Eko) aset drpd hasil yg telah diperoleh, tetapi bayar­an­nya belum diterima; ~ tetap (Eko) aset yg digunakan berterusan dlm aktiviti sesebuah organisasi; ~ tunai (Eko) aset dlm bentuk tunai, termasuk wang di tangan, simpanan di bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sét] | اسيت

Definisi : /asét/ ist apa-apa yg dimiliki oleh seseorang (syarikat dsb) dan mempunyai nilai wang. ~ benar aset berbentuk fizikal, spt bangunan dan jentera yg tidak mudah ditukarkan kpd bentuk tunai. ~ pasif aset yg tidak menjana pendapatan. ~ semasa aset yg nilainya sering berubah-ubah. ~ tetap aset yg dpt digunakan bertahun-tahun lamanya. ~ tunai aset dlm bentuk tunai termasuk wang di tangan, deposit bank dsb yg boleh digunakan utk bayaran serta-merta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aset


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
asset acquisitionperolehan aset; pemerolehan aset; pengambilan asetEkonomiTiadaTiada
asset acquisitionperolehan aset; pemerolehan aset; pengambilan asetPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
hackerpenggodamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerIndividu yang mempunyai kepakaran dalam memahami fungsian, meneliti aturcara, dan mengubah suai aset-aset pada sistem komputer seperti sistem pengendalian, perisian aplikasi, litar papan ibu, atau peranti lain. Individu sebegini menggunakan kepakarannya untuk meningkatkan prestasi aset sistem komputer (juga dipanggil pengguna �topi putih�) atau untuk menyalahgunakannya untuk tujuan peribadi atau hasad (juga dipanggil pengguna �perengkah� atau �topi hitam� ). Nama penggodam sering kali digunakan dalam media massa untuk merujuk kepada perengkah,
Islamic asset securitizationpensekuritian aset IslamEkonomiEkonomi IslamProses penerbitan sekuriti bersandarkan aset yang mempunyai aliran tunai berkala. Dalam pensekuritian ini, pemilik aset akan menjual aset kepada pihak ketiga untuk mendapatkan mudah tunai segera. Pihak ketiga pula akan mengeluarkan sekuriti sendiri untuk mendapatkan dana bagi tujuan membeli aset tersebut daripada pemilik aset. Akad perkongsian (isytirak) digunakan dalam urus niaga antara pemilik aset dengan pengeluar sekuriti (pihak ketiga) dan akad ijarah pula digunakan bagi urus niaga antara pemilik aset (pihak kedua) dengan penyewa (pihak pertama).
fixed assetaset tetapEkonomiTiadaAset yang sukar ditukarkan kepada tunai. Aset tetap terdiri daripada aset tetap ketara seperti bangunan, tanah, mesin, dan pelaburan jangka panjang; dan aset tetap tak ketara seperti paten, hak cipta, dan tanda perdagangan.
asset utilizationpenggunaan asetEkonomiEkonomi IslamKebolehan aset menjana perolehan. Penggunaan aset ini diukur melalui nisbah jumlah perolehan atau pendapatan kasar kepada jumlah aset purata. Pengukuran ini boleh digunakan untuk mengukur prestasi kewangan institusi kewangan Islam. Nisbah yang tinggi menunjukkan penggunaan aset yang cekap.
underlying assetaset pendasarEkonomiEkonomi IslamAset yang dijadikan sandaran dalam penerbitan bon Islam dan digunakan bagi mengelakkan penerbitan bon secara pertukaran kertas untuk wang seperti dalam bon konvensional. Antara syarat yang diperlukan bagi aset tersebut ialah wujud, mempunyai nilai di sisi syariah, boleh diserahkan dan aktivitinya selaras dengan syariah. Semua aset nyata seperti bangunan dan harta tanah boleh dijadikan aset pendasar. Aset dalam bentuk hutang seperti sijil murabahah dan sijil bai‘ bithaman ajil tidak boleh dijadikan aset pendasar. Namun demikian, aset seperti sijil ijarah boleh digunakan sebagai aset pendasar kerana memiliki aset nyata masing-masing seperti bangunan dan projek pembinaan.
capital assetaset modalPentadbiranTiadaAset tetap, aset tak ketara dan perolehan dalam syarikat yang digunakan untuk kegunaan jangka panjang.
earning assetaset berperolehanEkonomiTiadaAset, sama ada aset kewangan seperti bon, atau aset fizikal seperti barang modal, yang dapat menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya.
asset based Islamic bondbon Islam asas asetEkonomiEkonomi IslamBon yang diterbitkan berasaskan milikan ke atas aset yang menjana pendapatan. Aset tersebut biasanya dimiliki oleh syarikat Special Purpose Vehicle (SPV). Pendapatan dijana daripada aset yang disewakan. Pendapatan ini kemudiannya akan diagihkan secara berkala kepada pemegang bon. Contohnya, sukuk ijarah.
12345678910...

Kembali ke atas