Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sé.ti. lé.na] | اسيتيلينا

Definisi : (asétiléna) (Kim) gas hidrokarbon tidak tepu yg tidak berwarna yg digunakan sbg bahan api (mis pd api oksiasetilena). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sé.ti. lé.na] | اسيتيلينا

Definisi : /asétiléna/ ist gas yg tidak berwarna, mudah terbakar dan nyalanya terang, digunakan dlm lampu karbida dan utk memotong dan mengimpal logam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asetilena


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASETILENA

Asetilena ialah gas yang tidak berwarna dan

mudah menyala, biasanya digunakan untuk

membuat kerja kimpalan dan untuk menghasilkan

sebatian kimia lain. Formula kimianya ialah C 2 H 2 .

Asetilena juga menjadi racun sekiranya terhidu.

Gas ini juga akan meletup apabila bercampur

dengan udara. Ahli kimia Inggeris, Edmund Davy,

mula mengeluarkan asetilena dalam tahun 1836.

Namun gas ini dilupakan hingga tahun 1860,

apabila ahli kimia Perancis, Marcelin Berthelot,

menemui satu cara untuk mensintesis gas ini

daripada karbon dan hidrogen, dengan

menggunakan arka elektrik.

UMUM 

Kembali ke atas