Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sé.ton] | اسيتون

Definisi : (aséton) (Kim) sj sebatian organik yg digunakan sbg pelarut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sé.ton] | اسيتون

Definisi : /aséton/ ist cecair tidak berwarna dan mudah meruap yg digunakan sbg bahan pelarut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aseton


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
acetone bodyzat asetonKimiaTiadaSebarang sebatian daripada asid asetoasetik aseton dan asid beta-hidroksibutirik yang terhasil daripada katabolisme asid lemak yang terdapat dalam darah dan urin secara berlebihan akibat diabetes melitus ataupun cacat lain.
acetone cyanohydrinaseton sianohidrinKimiaTiadaCecair tak berwarna yang didapati daripada campuran aseton dan hidrogen sianida dan digunakan dalam sintesis organik.
acetone resinresin asetonKimiaTiadaResin sintetik yang terhasil melalui tindak balas aseton dengan sebatian lain seperti fenol atau formaldehid.
acetone powderserbuk asetonBioteknologiTiadaSediaan protein misalnya enzim yang dihomogenkan dalam aseton sejuk (-30oC), yang dapat menghalang autolisis dan nyah aktif enzim oleh bahan perencat.
acetone-benzol processproses aseton-benzolKejuruteraanTiadaProses membuang lilin dengan menggunakan aseton dan benzol sebagai pelarut.
acetone-butanol fermentationfermentasi aseton-butanolBioteknologiTiadaFermentasi gula dengan menggunakan Clostridium acetobutylicum untuk menghasilkan aseton dan butanol.
acetoneasetonPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCecair tanpa warna , mudah tebakar dan mempunyai bau berciri. Bahan ini diperolehi daripada proses penyulingan tanpa udara bahan kayu, penapaian kanji, dan boleh juga dihasilkan secara tiruan. Aseton digunakan sebagai pelarut yang penting untuk resin , selulosa nitrat, selulosa asetat, dan lakkuer.
acetonuriaasetonuriaVeterinarTiadaPenyakit yang disebabkan oleh gangguan metabolisme yang berpunca daripada pemakanan. Penyakit ini berlaku kesan daripada pengumpulan aseton yang disebabkan oleh peningkatan kandungan dalam darah, sehingga menyebabkan keracunan. Penyakit ini menunjukkan ciri-ciri ternakan yang mengalami keadaan hipoglisemia, kehilangan selera makan, berkeadaan lemah dan mengasingkan diri. Hal ini berlaku pada peringkat akhir kebuntingan atau pada peringkat pengeluaran susu yang tinggi. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kekurangan kandungan tenaga dalam makanan untuk keperluan tahap fisiologi haiwan tersebut. Tenaga yang meningkat secara mendadak semasa peringkat kebuntingan akhir dan pengeluaran susu yang tinggi akan menyebabkan keperluan simpanan lemak diuraikan untuk menghasilkan tenaga. Dalam proses ini aseton turut dihasilkan. Aseton tidak dapat dikeluarkan dengan segera melalui air kencing dan menyebabkan kandungannya meningkat di dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku pada haiwan biasa yang kekurangan makanan secara berlanjutan. Sinonim ketosis, hiperketonemia. Lihat juga jasad keton, bahan antiketonik, hipoglisemia.
acetoneasetonKimiaForensikFormula kimia, C3H60; nama lain, dimetilketon; nama TUPAC, propanon. Cecair tanpa warna yang mudah meruap, berbau harum, takat lebur - 94°C, takat didih 56. 2°C, terlarut campur dengan air, etanol, eter, kloroform, dan kebanyakan minyak, mudah terbakar, bersifat narkotik pada kepekatan yang tinggi, dan mempunyai ketoksikan rendah hingga sederhana apabila teringes atau tersedut. Cecair ini boleh menyebabkan sakit kepala, kelesuan, keterangsangan, dan kerengsaan bronkus. Aseton didapati dengan banyaknya dalam air kene ing pesakit diabetik.
acetoneasetonFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas