Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASIA KECIL

Asia Kecil ialah semenanjung di barat Asia. Ia

terletak di antara Laut Hitam dengan Laut

Mediterranean. Asia Kecil merupakan sebahagian

Turki di Asia. Sesetengah orang menamakan

kawasan ini Anatolia . Asia Kecil dipisahkan oleh

Laut Aegean dari Greece di sebelah barat. Di

sebelah timur, semenanjung ini menganjur ke hulu

Sungai Euphrates. Asia Kecil ialah nama geografi

untuk kawasan ini. Turki menduduki kesemua

tanah di semenanjung ini.

UMUM 
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA

Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

(Association of Southeast Asian Nations [(ASEAN)]

ialah sebuah pertubuhan negara-negara di Asia

Tenggara – Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina,

Singapura , Thailand, dan Vietnam. Ia menggalakkan

kerjasama ekonomi, kebudayaan, dan sosial di

kalangan negara anggota. Walaupun ASEAN

berusaha menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai

rantau yang aman dan stabil, namun ia bukan satu

pakatan ketenteraan.

UMUM 
ASIA

Asia ialah benua yang terbesar dari segi keluasan

dan jumlah penduduk. Ia meliputi satu per tiga

keluasan muka bumi dunia dan kira-kira tiga per

lima dari segi penduduk dunia. Asia menganjur dari

Afrika dan Eropah di sebelah barat hingga ke Lautan

Pasifik di sebelah timur. Bahagian paling utara

benua ini terletak dalam kawasan Artik yang beku.

Tetapi selatan hujung Asia terletak di kawasan

tropika panas berhampiran garisan Khatulistiwa.

UMUM 
EJAAN RUMI FAJAR ASIA

EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

BAHASABahasa
PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO)

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara

(SEATO) ialah perikatan lapan buah negara yang

menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Asia

Tenggara di Manila, Filipina, pada 8 September 1954.

Anggotanya terdiri daripada Australia, Perancis, New

Zealand , Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom,

dan Amerika Syarikat. Pakistan menarik diri pada

tahun 1972. SEATO dibubarkan pada tahun 1977.

UMUM 
PERTUBUHAN MENTERI-MENTERI PENDIDIKAN ASIA TENGGARA

Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan

Asia Tenggara [Southeast Asian Ministers of

Education Organization (SEAMEO)] ialah pertubuhan

serantau yang bermatlamat untuk meningkatkan

kerjasama antara negara-negara Asia Tenggara

menerusi bidang pendidikan, sains, dan kebudayaan.

UMUM 
ASIA TENGGARA

Asia Tenggara merangkumi semenanjung dan

kepulauan di sebelah timur India dan Bangladesh

serta di sebelah selatan China. Rantau ini

mengandungi negara Brunei Darussalam,

Myanmar, Kemboja, Laos, Malaysia, Filipina,

Singapura, Thailand, Vietnam dan sebahagian

besar Indonesia.

UMUM 
PERSIDANGAN AFRO-ASIA

PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika.  Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955.  Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman.  Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SUKAN ASIA

Sukan Asia ialah salah satu pertandingan sukan

yang penting di dunia. Hanya Sukan Olimpik yang

menghimpunkan lebih ramai atlet, penonton dan

acara dipertandingkan.

UMUM 
MAJLIS SASTERA ASIA TENGGARA (MASTERA)Majlis Sastera Asia Tenggara.SASTERAInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas