Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sid] | اسيد

Definisi : (Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah; ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik = ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, peng­hasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik kum­pulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, di­guna­­kan sbg bahan perisa dan pengawet makan­an; ~ lemah asid yg tidak tercerai se­penuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan mine­ral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat menga­kis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;berasid mengandungi asid;mengasid menjadi asid;mengasidkan menjadikan asid;keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larut­an;pengasidan proses mengasidkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sid] | اسيد

Definisi : larutan yg di dlmnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dgn logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan. ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dlm pembuatan gentian kaca, porselin dsb. ~ hidroklorik ist larutan gas hidrogen klorida dlm air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sbg reagen, dlm pemprosesan makanan, dlm pembersihan logam dll. ~ karbolik ist sj asid yg digunakan utk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, dll; fenol. ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat. ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik ist asid yg tidak berwarna, larut dlm air dan terdapat dlm buah-buahan spt limau, oren, dan digunakan sbg bahan perisa. ~ sulfurik ist asid yg kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dlm air, digunakan sbg reagen, dan dlm membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dlmnya (bkn larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dlm sesuatu larutan. pengasidan perihal atau proses mengasidkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa terjemahan untuk folic acid ialah folik asid bukan asid folik? (Rujukan PRPM)Folik asid ialah vitamin B kompleks, bukan sejenis asid. Folik asid bukan seperti asid amino, iaitu sejenis asid.Penyemakan dan penterjemahan20.09.2017
Salam sejahtera, saya ingin bertanya kenapa "folic acid" diterjemah dalam bahasa Melayu sebagai "folik asid" dan bukannya "asid folik".Folik asid ialah vitamin B kompleks, bukan sejenis asid. Folik asid bukan seperti asid amino, iaitu sejenis asid.Penyemakan dan penterjemahan22.09.2017
Adakah ayat ini betul tatabahasanya; 1) total formula yang diperkayakan..... 2) Folik asid atau asid folik?1) total formula yang diperkayakan.....
Bilangan/Jumlah formula yang diperkayakan..


2) Folik asid atau asid folik?
Asid Folik
Tatabahasa11.09.2012
Salam. Apakah terjemahan bahasa Melayu untuk folic acid (english)? Adakah folik asid atau asid folik? Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu ialah folik asidPenyemakan dan penterjemahan14.01.2020
Apakah padanan bagi "L-amino acids". Adakah "L-asid amino" atau "asid amino-L"?Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

L-amino acids = L-asid amino

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Apakah padanan bagi "L(+) lactic acid". Adakah "L (+) asid laktik" atau "asid laktik L (+)"?.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

L (+) lactic acid = L (+) asid laktik

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain23.07.2021
Salam sejahtera. Soalan saya ialah mana satu yang betul antara "ialah asid lemah" dengan "adalah asid lemah"?Penggunaan yang betul "ialah asid lemah". Kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Tatabahasa27.03.2021
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Asid bersifat mengakis. 2. Asid bersifat mengkakis. Terima kasih.Ayat yang betul ialah 1. Asid bersifat mengakis.Tatabahasa30.05.2012
Salam & selamat pagi, Apakah cadangan terjemahan bahasa Malaysia yang betul bagi 'stearic acid'? Adakah asid sterik atau asid stearik? Terima kasih.Terjemahan stearic acid ialah asid stearik.Tatabahasa25.04.2016
Apakah terjemahan istilah Essential Fatty Acid (EFA) yang betul? Ada yang menyebut Asid Lemak Perlu. Ada pula menyebut Asid Lemak Penting. Ada juga yang menyebut Asid Lemak Utama. Mohon bantuan. Terima kasih.Istilah yang betul ialah asid lemak perluIstilah09.03.2011
1234

Kembali ke atas