Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lemah (adjektif)
1. Bersinonim dengan lesu: longlai, lengai, kelesa, lembam, tidak bertenaga, tidak bermaya, tidak berdaya, tidak berkuasa,
Berantonim dengan cergas

2. Bersinonim dengan lembam: lempam, lambat, lembap,
Berantonim dengan cerdas

Kata Terbitan : melemahkan, kelemahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
asid borikasid lemah yg digunakan sbg antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dlm pembuatan gentian kaca, porselin dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asid sulfurusasid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur;Kamus Dewan Edisi Keempat
asid borikasid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca;Kamus Dewan Edisi Keempat
asid(Kim) bahan yg mempunyai nilai pH kurang drpd 7, bersifat mengakis dan boleh menukarkan kertas litmus kpd warna merah; ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein; ~ asetik = ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka; ~ askorbik sj asid yg terdapat semula jadi dlm buah-buahan sitrus (spt limau, oren, lemon, dll), dan sayur-sayuran, vitamin C; ~ barbiturik asid organik yg dapat menghasilkan pelbagai ubat pelali dan ubat perangsang tidur; ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan; ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik dan dlm pembuatan kaca perintang haba, enamel, porselin dan gentian kaca; ~ formik asid tanpa warna yg dahulunya diperoleh drpd sesetengah serangga (tetapi kini dapat dihasilkan secara sintetik), digunakan dlm pencelupan tekstil, peng­hasilan insektisid dsb; ~ hidroklorik sj asid kuat yg sangat mengakis; ~ karboksilik kum­pulan asid organik (spt asid asetik) yg terdapat semula jadi di dlm haiwan dan tumbuhan; ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat; ~ kuat asid yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, di­guna­­kan sbg bahan perisa dan pengawet makan­an; ~ lemah asid yg tidak tercerai se­penuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemak asid karboksilik yg wujud semula jadi di dlm lemak atau minyak haiwan dan sayuran; ~ linoleik asid lemak yg digunakan utk membuat marjerin, sabun, makanan ternakan dsb; ~ maleik asid berhablur yg tidak berwarna, yg digunakan utk membuat resin sintetik dan sbg pengawet minyak dan lemak; ~ mineral asid tak organik yg diperoleh drpd bahan mine­ral melalui proses kimia; ~ nitrik sj asid kuat yg sangat mengakis dan sangat reaktif; ~ nukleik sj asid yg terdapat dlm semua sel hidup; ~ organik kumpulan sebatian organik yg dapat menderma proton kpd bes; ~ sitrik sj asid yg banyak terdapat dlm buah-buahan sitrus; ~ sulfurik sj asid kuat yg sangat menga­kis dan sangat reaktif; ~ sulfurus asid lemah yg tidak stabil, yg terbentuk apabila sulfur dioksida larut di dlm air, dan digunakan sbg bahan pengawet dan peluntur; ~ tartarik asid yg terdapat dlm banyak tumbuhan dan jus buah, biasanya digunakan utk membuat serbuk penaik dsb; ~ urik sj asid organik yg terdapat dlm air kencing;berasid mengandungi asid;mengasid menjadi asid;mengasidkan menjadikan asid;keasidan banyaknya asid dlm sesuatu larut­an;pengasidan proses mengasidkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
asidlarutan yg di dlmnya terdapat ion hidrogen dan apabila bertindak balas dgn logam atau bes, membentuk garam (kebanyakannya mengakis, berasa masam dan memerahkan kertas litmus). ~ amino sj asid organik yg merupakan unit asas protein. ~ benzoik bahan berhablur berwarna putih yg digunakan sbg pengawet makanan. ~ borik asid lemah yg digunakan sbg antiseptik (bahan pembunuh kuman) dan dlm pembuatan gentian kaca, porselin dsb. ~ hidroklorik ist larutan gas hidrogen klorida dlm air. Asid ini beracun dan berbau sengit, digunakan sbg reagen, dlm pemprosesan makanan, dlm pembersihan logam dll. ~ karbolik ist sj asid yg digunakan utk membuat bahan pembunuh kuman, minyak wangi, pencelup, dll; fenol. ~ klorik asid tanpa warna yg mempunyai ciri pengoksidaan yg kuat. ~ laktik asid yg terdapat dlm susu masam, digunakan sbg bahan perisa dan pengawet makanan. ~ sitrik ist asid yg tidak berwarna, larut dlm air dan terdapat dlm buah-buahan spt limau, oren, dan digunakan sbg bahan perisa. ~ sulfurik ist asid yg kuat, berbentuk cecair likat, berminyak, tidak berwarna, tidak berbau, sangat mengakis dan larut dlm air, digunakan sbg reagen, dan dlm membuat bahan letupan dan bahan pewarna. berasid terdapat asid di dlmnya (bkn larutan): minuman ~. mengasid menjadi asid. mengasidkan menjadikan sesuatu dlm bentuk asid: Bahan cemar boleh ~ air. keasidan keadaan berasid; banyaknya asid dlm sesuatu larutan. pengasidan perihal atau proses mengasidkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
asid laktikasid yg terdapat dlm susu masam, di­guna­­kan sbg bahan perisa dan pengawet makan­an; ~ lemah asid yg tidak tercerai se­penuhnya menjadi ion di dlm larutan;Kamus Dewan Edisi Keempat
asid asetik= ~ etanoik sj asid organik lemah, terdapat dlm cuka;Kamus Dewan Edisi Keempat
bes I(bés) (Kim) sebatian yg bertindak balas dgn asid utk membentuk garam dan air; ~ kuat bes yg tercerai sepenuhnya menjadi ion di dlm larutan; ~ lemah bes yg tercerai separa menjadi ion di dlm larutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
sifat1. keadaan atau rupa sesuatu benda yg dapat dilihat: adapun ~nya itu kulihat tinggi besar, mukanya bujur sirih; kekurangan ~ cacat pd badan; 2. keadaan yg dipunyai oleh sesuatu (benda, orang dll), tanda-tanda yg khas utk mengenal sesuatu benda: puisi mem­punyai ~ yg berlainan drpd prosa; ~ kimia sesuatu asid; 3. (dasar) pembawaan seseorang, perangai, tabiat, watak: itu sudah ~ seorang perempuan; bersifat mempunyai sifat: seni ~ universal; manusia ~ lemah; menyifatkan 1. menggambarkan, mengi­sahkan, menceritakan: dapatkah kamu ~ bagaimana rupa haiwan ini ketika ia masih hidup? 2. menganggap sesuatu sbg: beliau ~ mereka sbg musuh dlm selimut; tersifatkan terperikan, terkatakan, terkha­barkan: maka hairanlah hati Raja Iskandar, tiada dapat ~ lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas