Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.si.mi.la.si] | اسيميلاسي

Definisi : 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan); berasimilasi berpadu menjadi satu;mengasimilasikan 1. menukarkan makan­an berzat menjadi tisu hidup: jasad kita me­lalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg di­terima­nya; 2. menjadikan berasimilasi (ber­padu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~; pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.si.mi.la.si] | اسيميلاسي

Definisi : 1 proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup. 2 pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, mis pemaduan unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan: Suatu kebudayaan dpt dimesrakan dgn kebudayaan lain, dan hasilnya menjadi suatu ~ kebudayaan yg dpt kita sebut sbg kebudayaan nasional. berasimilasi berpadu menjadi satu: Mungkin terdapat perbezaan budaya yg telah mengurangkan kecenderungan golongan penduduk ini ~ dgn penduduk kulit putih yg lain. mengasimilasi menjalani atau mengalami proses asimilasi dgn yg lain: Tidak dpt dinafikan bahawa kesusasteraan Melayu dewasa ini sedang diasimilasi oleh pelbagai sastera pascamoden, yg turut memperkaya kesusasteraan Melayu. mengasimilasikan 1 menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: Jasad kita sentiasa ~ bahan-bahan mentah yg diterimanya. 2 menjadikan berpadu; menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar: Unsur-unsur kebudayaan itu diasimilasikan dan dipersembahkan dlm festival tsb. terasimilasi telah diasimilasikan: glukos ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asimilasi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
asimilasiassimilationProses penggunaan bahan makanan tercerna yang telah diserap oleh sel tubuh untuk pertumbuhan, pembiakan dan penggantian sel-sel yang rosak.Menengah Rendah
asimilasiassimilation1. Proses penyerapan bahan makanan ringkas yang terhasil daripada pencernaan untuk kegunaan sel tubuh. 2. Proses penyerapan bahan makanan ringkas yang terhasil semasa fotosintesis.Menengah Atas

Kembali ke atas