Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.li] | اصلي

Definisi : 1. bkn orang yg asal keturunannya, lahir, dan tinggal di sesebuah negeri; orang ~ pen­duduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); 2. bkn sesuatu yg ber­asal dr sesebuah negeri atau daerah itu sendiri (bukan ciptaan dsb asing): lagu ~; baju ~; 3. bkn bawaan sejak lahir: sifat-sifat ~; 4. tulen (bukan buatan terkemudian atau tiruan ataupun bercampur bahan lain): getah ~; gas ~; 5. bkn yg asal (bukan saduran atau terjemahan): karangan ~; naskhah yg ~; 6. Id bkn yg asal (bukan salinan): ijazah ~ ijazah asal (bukan salinan); 7. berasal, keturunan orang baik-baik; anak-anak ~ bukan sebarang orang; keaslian perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.li] | اصلي

Definisi : 1 tidak bercampur dgn yg lain; tulen; jati: getah ~; emas ~. 2 bukan tiruan atau bukan jiplakan: Inilah karangan ~ pengarangnya, bukan terjemahan drpd karangn lain. keaslian keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asli

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
set semestauniversal setSet yang mengandungi semua unsur yang menjadi bahan perbincangan bagi suatu masalah matematik. Contohnya, dalam masalah yang melibatkan hanya nombor asli, set semestanya terdiri daripada set nombor asli {1, 2, 3, 4, . . .}. Simbolnya ialah epsilon, ε atau x.Menengah Atas
nombor aslinatural numberNombor yang digunakan dalam proses membilang iaitu 1, 2, 3, ...Menengah Atas
logaritma aslinatural logarithmLogaritma dengan nilai asas e. Nilai e = 2.71828 dan simbolnya ialah loge atau ln.Menengah Atas
nombor aslinatural numberNombor yang digunakan dalam proses membilang, iaitu 1, 2, 3, ... .Menengah Rendah
nombor perdanaprime numberNombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11, 13, ...Menengah Atas
nombor perdanaprime numberNombor asli yang hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1 sahaja. 1 bukan nombor perdana. Contohnya, 2, 3, 5, 7, 11 dan 13.Menengah Rendah
nombor gubahancomposite numberNombor asli yang berupa hasil darab dua integer lain selain daripada nombor 1. Contoh: 5 × 2 = 10, 4 × 3 = 12. Lihat ContohMenengah Rendah
nombor bulatwhole numberSifar dan nombor asli. Contohnya, 0, 1, 2, 3, ...Menengah Atas
berturutanconsecutivePerihal sekumpulan sebutan yang berturut-turut dalam sesuatu jujukan. Contohnya, 5, 6, 7, 8 merupakan 4 nombor asli berturutan.Menengah Rendah

Kembali ke atas