Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.so.si.a.si] | اسوسياسي

Definisi : perkaitan (antara satu dgn yg lain), perhubungan, pertalian: koleksi pelukis yg menggunakan bahan akrilik menampakkan ~ pelihatan Ghafar terhadap alam dgn teliti; begitu juga jikalau disebut imej ‘air’, ~ fikir­an­­nya akan cepat mengenangkan ‘air zamzam’; mengasosiasikan mengaitkan, menghu­bung­­­­kan, mengadakan (menunjukkan) per­talian: warna hanya boleh diasosiasikan dgn objek yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.so.si.a.si] | اسوسياسي

Definisi : perkaitan atau pertalian antara satu dgn yg lain. Penceritaan kisah zaman kanak-kanak menimbulkan ~ yg manis dlm jiwa pembaca. berasosiasi ada kaitan atau hubungan dgn yg lain: Sesetengah pendapat mengatakan bahawa unsur-unsur mimpi tidak ~ dgn kenyataan. mengasosiasikan mengaitkan atau menghubungkan sesuatu dgn yg lain: Para penyelidik berusaha mengatasi bahaya yg diasosiasikan dgn vaksin tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asosiasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
associationasosiasiKesusasteraanTiadaPergerakan renungan penyair yang hanyut daripada satu subjek kepada subjek yang lain secara bebas dan bersahaja. Istilah ini berasal daripada bidang falsafah. Contohnya, John Locke (1690) menggunakan istilah ini semasa menampilkan teori tentang perhubungan mental antara objek dengan idea yang mempunyai kaitan dengan objek. Pada abad ke-20, ahli psikoanalisis pula menggunakan asosiasi idea bebas sebagai kaedah menjelajah minda bawah sedar. Idea tentang asosiasi ini menari minat beberapa penyair Inggeris pada awal abad ke-19 seperti Wordsworth dan Coloridge yang menghasilkan banyak puisi bual. Puisi bual ini merupakan kajian terhadap asosiasi yang wujud dalam minda manusia. Pada abad ke-20, asosiasi berperanan membentuk novel aliran kesedaran yang bersifat asosiatif dari segi bentuk dan struktur naratifnya. Contoh karya yang terkenalialah To The Lighthouse (1927) oleh Virginia Woolf, Stasium oleh Putu Wijaya dan Ziarah oleh Iwan Simatupang. Asosiasi berasal daripada bahasa Latin yang bererti �berkongsi atau bersekutu�. Lihat juga aliran kesedaran, imaginasi.
reassociationasosiasi semulaBiologiGenetiklih. penyepuhlindapan semula.
reassociationasosiasi semulaBiologiGenetiklih. penyepuhlindapan semula.
associationasosiasiPerubatanTiadaPenyelarasan fungsi antara bahagian-bahagian otak yang agak sama, misalnya pengubahsuaian maklumat di beberapa bahagian tertentu otak yang memproses emosi dan pemikiran.
associationasosiasiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiLihat hubungan kait
plant associationasosiasi tumbuhanGeografiTiadaKomuniti tumbuh-tumbuhan klimaks stabil yang mempunyai kandungan flora tertentu biasanya dengan satu spesies atau lebih yang dominan.
geographic associationasosiasi geografiGeografiTiadaTiada
ecological associationasosiasi ekologiGeografiTiadaPerhimpunan tumbuh-tumbuhan yang berhubung antara satu sama lain dalam habitat yang sama.
animal associationasosiasi haiwanGeografiTiadaKumpulan binatang yang mempunyai keperluan habitat dan pertumbuhan yang sama walau pun mungkin terdapat lebih daripada satu spesie yang dominan.
dominant associationasosiasi dominanGeografiTiadaTiada
123

Kembali ke atas