Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.pék] | اسڤيک

Definisi : /aspék/ segi pandangan; jurusan pandangan: Dr ~ ekonomi, projek itu merugikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nutritional toxicologytoksikologi pemakananVeterinarTiadaBidang pengajian yang merangkumi aspek-aspek keracunan pada haiwan yang berkaitan dengan makanan, sumber makanan dan tabiat makan. Kajian ini meliputi aspek-aspek pengesanan bahan beracun, cara bertindak balas dan kaedah rawatan yang diamalkan.
camera testuji kameraKomunikasiTiadaProses meneliti sesuatu kamera sebelum digunakan dengan memberi tumpuan terhadap aspek-aspek seperti keseimbangan warna, paras cahaya dan aspek-aspek teknikal yang berkaitan. Lihat juga: persiapan kamera.
building engineeringkejuruteraan bangunanKejuruteraanKejuruteraan BangunanCabang ilmu kejuruteraan yang memberi tumpuan terhadap aspek-aspek bangunan dan perkhidmatan, teknologi binaan dan juga infrastruktur. Di antara bidang-bidang yang terkandung dalam aspek-aspek kejuruteraan ialah, struktur, bahan binaan, mekanik tanah, perkhidmatan bangunan seperti bekalan air, sistem pendingin udara dan sebagainya.
animal husbandarypenternakanVeterinarTiadaBidang ilmu yang merangkumi aspek-aspek seperti pembiakbakaan, pengurusan, perumahan, pemakanan, kesihatan, pengurusan sisa ladang dan penyembelihan. Pembiakbakaan melibatkan pengaturan strategi sistem pembiakan dan pemilihan ternakan. Aspek pengurusan pula melibatkan penjagaan, perumahan dan kebajikan haiwan serta pengurusan sisa ladang. Manakala pemakanan menekankan aspek seperti penyediaan padang ragut dan pemberian makanan. Aspek kesihatan pula melibatkan kawalan penyakit, pemberian ubat-ubatan dan program kesihatan kelompok.
macrometeorologymakrometeorologiGeologiTiadaKajian tentang aspek-aspek skala terbesar bagi atmosfera.
proximate factorfaktor proksimatBiologiEkologiAspek-aspek sekitaran yang digunakan oleh organisma sebagai isyarat untuk lakuan yang khusus, misalnya waktu pagi merangsangkan ayam jantan untuk berkokok. Faktor proksimat selalunya tidak penting secara langsung kepada kehidupan organisma.
generalitiesperaturan umumSukanTiadaPeraturan umum tentang aspek-aspek tertentu, seperti peraturan alat, prosedur penghakiman, disiplin atlet gimrama dan sebagainya yang dikeluarkan oleh F.I.G.
communication sciencesains komunikasiKomunikasiTiadaIlmu tentang aspek-aspek saintifik komunikasi seperti unsur-unsur yang berkaitan falsafah, teori, proses dan kesan komunikasi.
prosodyprosodiKesusasteraanPuisiPengkajian tentang puisi dan aspek-aspek yang berhubungan dengan matra, intonasi, rima, rentak, irama, rangkap, baris dan lain-lain. Bertujuan untuk mencari nilai-nilai estetika tentang pengucapan sesebuah puisi.
technical directorpengarah teknikKomunikasiTiadaOrang yang bertanggungjawab dalam aspek-aspek teknikal seperti mengawasi dan memastikan kelancaran sesuatu penerbitan.
12345678910...

Kembali ke atas