Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspeknya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul, bahasa melayu atau bahasa malaysia? berikan juga sejarah penukaran istilahnya dan juga aspek-aspeknya jika adaPada 5 Jun 2007, Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa istilah bahasa Melayu ditukar kepada istilah bahasa Malaysia dengan alasan untuk tujuan perpaduan.Lain-lain04.09.2007
apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan.Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya.Lain-lain25.07.2007
Apakah definisi sebutan bahasa baku mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebutan bahasa baku bermaksud bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard.Makna22.05.2010
APA BEZA ANALISA / ANALISIS

Istilah yang betul ialah analisis.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.

Makna09.12.2009
pemeriksaan analitik?Analitik ialah Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.Istilah26.04.2010
saya nak dapatkan maksud analitik dan dialektika

1. Istilah yang tepat bagi analitik ialah analisis, bermaksud penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam 2. Dialektika pula adalah istilah lama bagi perkataan dialektik, bermaksud (dialéktik) seni (amalan) menilai kebenaran sesuatu teori atau pendapat secara perbincangan dan perdebatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Makna21.01.2010
Salam Tuan/Puan, Saya ada kemusykilan untuk bertanya. Apakah perbezaan Analisis dan Analisa dan nyatakan kepenggunaannya di dalam ayat. Terima kasih.

Istilah yang betul ialah analisis. Kata serapan dari bahasa Inggeris analysys.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam.

Tatabahasa20.09.2012
Salam...saya ingin bertanya berkenaan dengan sebutan baku. Adakah sebutan baku boleh disama ertikan dengan bahasa baku? Maksud saya, adakah ciri-ciri bahasa baku dan sebutan baku adalah sama? Apakah perkaitan antara bahasa baku dengan sebutn baku? Terima KasihSebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yg telah ditentukan atau diterima sbg yg betul atau yg sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.Tatabahasa29.10.2008
Apa perbezaan 'analisa' dengan 'analisis' dari segi maksud dan penggunaannya dalam ayat? Istilah 'blog' tidak ada dalam kamus dewan. Adakah perkataan ini telah sah menjadi bahasa Malaysia baku? Kita sering mendapati perkataan tanya digunakan dalam ayat penyata. Misalnya, 'Dia ingin mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku'. Adakah ayat ini betul?Tidak ada perbezaan antara kedua-dua kata tersebut. Kata yang betul ialah analisis.  Maksud analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu untuk mengetahui pelbagai aspeknya secara terperinci atau mendalam. Cth. analisis data kajian. Kata analisa tidak lagi digunakan.  Kata blog merupakan istilah baru dalam bidang komputer dan ICT dan boleh diterima dalam bahasa Melayu kerana istilah ini sudah digunkan secara meluas oleh masyarakat. Ayat dia ingin mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku betul. Tatabahasa24.04.2008
Perbezaan penggunaan perkataan analisa dan analisis

Istilah yang betul ialah analisis.

Analisis ialah penyelidikan atau penghuraian sesuatu (seperti keadaan, masalah, persoalan, dan lain-lain) untuk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dan lain-lain) secara terperinci atau mendalam.

Lain-lain09.08.2022
12

Kembali ke atas