Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.pi.ra.si] | اسڤيراسي

Definisi : keinginan yg kuat (utk mencapai, meng­adakan, dll sesuatu), cita-cita: spt yg di­tegas­kan oleh Esman, ~ berbagai-bagai kaum kini sudah berubah; mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu, mencita-citakan: ter­dapat jurang pemisah antara pemimpin yg berorientasikan Barat dgn umat yg rata-rata ~ cara hidup Islam di kebanyakan negara Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.pi.ra.si] | اسڤيراسي

Definisi : keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu: ~ rakyat pd masa itu adalah utk mencapai kemerdekaan. beraspirasi mempunyai atau menyimpan aspirasi; berkeinginan. mengaspirasikan mempunyai keinginan yg kuat terhadap sesuatu; mencita-citakan: Penduduk di situ ~ suatu kehidupan yg aman tenteram. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspirasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah saya gunakan istilah; "Majlis Aspirasi" tanpa apa-apa penambahan perkataan lain atau adakah perkataan Aspirasi itu perlukan pelengkap contohnya seperti Aspirasi Ilmu atau Aspirasi KecemerlanganPenggunaan yang betul ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan. Selepas perkataan aspirasi perlu ada pelengkapnya. Contoh lain ialah seperti aspirasi rakyat dan aspirasi negara.Lain-lain15.03.2018
Bolehkah saya gunakan istilah "Majlis Aspirasi dan Kecemerlangan" dengan maksud untuk memberi penekanan kepada konsep majlis tersebut supaya menjadi aspirasi kepada pelajar lain dan pada masa yang sama meraikan kecemerlangan.Pada pandangan pihak kami, tajuk yang sesuai ialah Majlis Aspirasi Kecemerlangan.Lain-lain15.03.2018
apakah yang dimaksudkan dengan asprisiasi?dan apakah perbezaan antara arpirasi dengan asprisiasi?Ejaan yang betul ialah apresiasi. Maksudnya ialah (penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni. Manakala maksud aspirasi ialah aspirasi keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu). Harap maklum.Makna07.08.2007
Adakah dua perkataan ini iaitu 'aspirasi' dan 'ilmuwan' sesuai digabungkan menjadi nama tadika seperti berikut: Tadika Aspirasil Ilmuwan Terima kasihTadika Aspirasi Ilmuwan boleh digunakan untuk nama tadika.Lain-lain06.10.2022
Assalamualaikum, Mohon untuk semakan kesesuaian penggunaan tema “Aspirasi Pencetus Inovasi” dari segi gaya bahasa dan istilah. Terima kasih.Tuan,
Penggunaan perkataan "Aspirasi Pencetus Inovasi" boleh digunakan dan sesuai dijadikan sebagai tema.
Makna11.04.2019
Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut i) "Inspirasi ilmu" ii) Aspirasi IlmuKedua-dua boleh digunakan  mengikut tujuan program itu diadakan.
Aspirasi membawa maksud keinginan yang kuat atau citi-cita manakala inspirasi bermaksud ilham
Lain-lain19.06.2014
bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuaiMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, meng­adakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis ApresiasiTatabahasa06.10.2016
Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Salam Tuan/Puan,saya nak bertanyakan soalan.Apakah kesalahan tatabahasa di atas?Perkataan ‘membaiki’ rasanya salah atau betul? Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana mengayakan sumber alam semula jadi di negara ini. Apakah kesalahan imbuhan di atas?Kenapa perkataan ‘mengayakan’ salah sepatutnya‘kekayaan’?

Bagi ayat pertama, perkataan membaiki ditukar kepada memulihkan.

Bagi ayat kedua, perkataan mengayakan ditukar kepada kaya dan ayatnya dibetulkan kepada:
Bidang ekopelancongan mampu dimajukan kerana negara ini kaya dengan sumber alam semula jadi.

Lain-lain14.01.2021
Mohon semak tema konvokesyen 1. "Graduan Lestari Aspirasi Industri" 2. "Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan"1. Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.
2. Adakah tepat jika dikatakan teknologi hijau sebagai asas/dasar kebolehpasaran graduan? Pada pandangan kami, frasa ini seolah-olah menyempitkan asas kebolehpasaran graduan. Walau bagaimanapun jika universiti ini berteraskan teknologi hijau, frasa tersebut boleh digunakan dengan sedikit pindaan seperti "Penguasaan/Kemahiran Teknologi Hijau Tonggak Kebolehpasaran Graduan".
Tatabahasa20.06.2015
Mohon semak tema untuk kovokesyen "Graduan Lestari Aspirasi Industri"Lestari bermaksud tidak berubah-ubah atau kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks hutan serta alam sekitar. Sila gantikan perkataan lestari dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks penggunaannya.Tatabahasa20.06.2015
12

Kembali ke atas