Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.pi.rin] | اسڤيرين

Definisi : sj ubat utk demam (sakit kepala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aspirin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aspirinaspirin; AspirinPerubatanTiada1. Sebatian yang digunakan sebagai drug analgesik, antipiretik dan antiradang.
aspirinaspirinKimiaForensikFormula kimia, C9H8,04; nama dagang, Aspirin, Aspro, Empirin; nama kimia, asid asetil sali silik. Hablur atau serbuk putih, tanpa bau, rasa pahit sedikit, dan stabil dalam udara kering. Aspirin terhidrolisis kepada ion salisilat oleh esterase yang terdapat dalam banyak tisu, terutamanya dalam hati dan merupakan salah satu ubat yang paling meluas penggunaannya dalam terapi, terutamanya sebagai analgesik, antipiretik dan antiradang. Bahan ini digunakan dalam dos rendah, iaitu 0.3 g - 1.0 g setiap 3 atau 4 jam secara oral dan digunakan secara meluas untuk menghalang penggumpalan darah dalam arteri koronari bagi mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Bahan ini juga digunakan secara meluas untuk merawat penyakit artritis. Bahan ini merupakan alergen dan mungkin menyebabkan perdarahan. Dos sebanyak 10 g mungkin membawa maut. Kesan sampingan termasuk masalah perut dan usus (ulser), perdarahan, dan bunyi dalam telinga. Penggunaan dos yang tinggi untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan masalah peng- gumpalan darah serta kerosakan hati dan buah pinggang.
aspirinaspirinFizikTiadaTiada
aspirinaspirinPerubatanTiadaTiada
aspirinaspirinKimiaTiada2. Hablur atau serbuk putih, rasanya pahit sedikit, takat lebur 132-136oC, takat didih 140oC, larut dalam alkohol, kloroform, air dan eter.
aspirinaspirinKimiaTiadaTiada
aspirinaspirinPerubatanTiadaNama kimia: asid 2-(asetiloksi) benzoik; C9H8O4. Bahan yang digunakan sebagai analgesik, agen antipireksia dan agen antireumatisme. Sin: asid asetilsalisilik.
aspirin burnlecuran aspirinPerubatanTiadaLesi keputihan berpinggir tidak rapi akibat penggunaan topikal aspirin.
acetylsalicylic acid poisoningkeracunan asid asetilsalisilikKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada asid asetilsalisilik (Nama dagang, Aspirin; formula kimia, C9H8O4; nama IUPAC, asid 2-asetoksibenzoik). Keracunan pada tahap sederhana, dikenali sebagai salisilisme, biasanya terjadi selepas penggunaan bahan ini secara berulang pada dos yang tinggi. Keracunan ini bermula dengan sakit kepala, pening, bunyi dalam telinga, masalah pendengaran, loya, dan muntah, diikuti dengan cirit-birit dan halusinasi. Bagi keracunan teruk, pusat pernafasan terangsang oleh asidosis, yang menyebabkan hiperpnea, diikuti oleh alkalosis. Kematian mungkin terjadi disebabkan kelumpuhan pernafasan. Kepekatan toksik aspirin ialah 500 �g/mL
acetylsalicylic acidasid asetilsalisilikFarmasiTiadalih. Aspirin.
123

Kembali ke atas