Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ra.ma] | اسراما

Definisi : 1. bangunan tempat tinggal kumpulan tertentu (spt murid sekolah, mahasiswa, jururawat, dll), hostel; ~ putera (puteri) asrama yg khusus utk pelajar-pelajar lelaki (perem­puan); 2. rumah tempat tinggal pertapa, biara; 3. Id berek (polis, tentera, dll); berasrama mempunyai asrama: sekolah ~ penuh; mengasramakan menempatkan dlm asr­ama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.ra.ma] | اسراما

Definisi : 1 rumah tumpangan tempat tinggal murid-murid sekolah (mahasiswa dsb). 2 rumah tempat tinggal orang bertapa; biara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asrama


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. saya ingin mendapat kepastian mengenai pengunaan istilah. "hari asrama terbuka" atau "hari terbuka asrama"? Mana satu istilah yang tepat. 2. Apakah beza 'mengenai' dan 'tentang'Ynag tepat ialah Hari Terbuka Asrama. Mengenai dan tentang ialah kata sendi nama yang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 278.  Tatabahasa24.03.2008
Yang mana satu penggunaan yang betul: 1. Murid layak diberikan peluang tinggal di asrama.. atau 2. Murid layak diberi peluang tinggal di asrama...Ayat yang betul ialah "Murid layak diberi peluang tinggal di asrama".Tatabahasa27.01.2015
Blok asrama baharu untuk murid-murid lelaki masih dalam proses pembinaan. Ayat tersebut terdiri drpd frasa nama dan frasa apa? TqFrasa "masih dalam proses pembinaan" merupakan frasa kerja.Tatabahasa06.11.2013
Penghuni-penghuni asrama anak yatim... betulke penghuni-penghuni? atau guna penghuni sudah membawa maksud jamak? bagaimana pula dengan penduduk? rakyat? bawa konsep jamak atau tunggal?Penghuni membawa maksud jamak. Oleh itu, tidak perlu diulang. Begitu juga dengan penduduk yang membawa maksud jamak.Tatabahasa08.07.2008
Yang mana paling tepat? Yang diletak tanda soal di hujungnya ataupun tidak. a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja? b) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja.a) Sebagai orang baru di asrama, tentu kita tertanya-tanya, adakah kita melalui pengalaman ini sendirian ataupun hanya bersama rakan-rakan sahaja?Tatabahasa01.12.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah wujud istilah "asramawan" yang merujuk kepada penghuni asrama? Dan kalau tidak wujud, bolehkah digunakan istilah itu untuk tujuan ilmu? Terima kasih.Perkataan asramawan tidak terdapat dalam data rujukan kami. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan penghuni asrama.Tatabahasa03.09.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan yang tepat dalam bahasa Melayu untuk istilah "coaching of coordinator"? Kursus "coaching of coordinator" ini merupakan program tahunan Sekolah Berasrama Penuh KPM untuk memberi latihan dan bimbingan berkaitan pengurusan asrama kepada ahli jawatankuasa tertinggi asrama. Terima kasih.Tiada data bagi istilah “coaching of coordinator” dalam data DBP. Mengikut Kamus Dewan, “coaching” ialah bimbingan khusus; latihan, manakala coordinator ialah penyelaras; koordinator. Sukacita kami mencadangkan padanan “bimbingan khusus penyelaras” atau “latihan penyelaras”.Istilah06.12.2014
Salam 1Malaysia, 1. Maksud bilik prep (di asrama)? 2. Beda frasa STOK PENGHABISAN atau PENGHABISAN STOK? 3. Kata PENGISYTIHARAN --> mengisytiharkan (/) Kata PERISYTIHARAN --> berisytiharkan (X) Mohon pencerahan. Terima kasih.

      1. Tidak ada ‘bilik prep’ dalam bahasa Melayu. ‘prep’ ialah singkatan ‘preparatory’. Preparatory room boleh diterjemahkan kepada ‘bilik persediaan’. 
2. Stok penghabisan ialah bekalan (biasanya barang yang dijual) yang paling akhir sekali manakala penghabisan stok ialah (biasanya jualan) untuk menghabiskan stok yang ada.
3. Mengikut data DBP, terdapat perkataan pengisytiharkan; mengisytiharkan; perisytiharan; namun tidak terdapat perkataan berisytiharkan.

Tatabahasa22.12.2014
Salam sejahtera, bagaimana ingin membezakan penggunaan kata "bagi" dan "untuk"? Bagaimana konteks penggunaannya menjadi berbeza?Kata sendi nama "untuk" dan "bagi" boleh digunakan bersilih ganti jika berada di hadapan kata nama atau frasa nama yang bertujuan untuk menunjukkan sesuatu. Contohnya, “Asrama untuk penuntut UKM sedang dibina.” atau “Asrama bagi penuntut UKM sedang dibina.”. Walau bagaimanapun, jika untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan, kata "untuk" digunakan dan tidak boleh ditukar dengan perkataan "bagi". Contoh, "Hadiah ini untukmu."Tatabahasa07.11.2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan "outing" yang merujuk kepada hari untuk penghuni asrama keluar pada setiap hujung minggu? TERIMA KASIHUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "outing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "outing" ialah bersiar-siar.Istilah19.09.2013
1234

Kembali ke atas