Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asrul


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASRUL SANI SASTERAKonsep
SURAT KEPERCAYAAN GELANGGANGSURAT KEPERCAYAAN GELANGGANG, pernyataan sikap seniman dan budayawan Indonesia mewakili perkumpulan Gelanggang Seniman Merdeka, yang ditubuhkan di Jakarta pada 19 November 1946.  Antara ahli Gelanggang Seniman Merdeka ialah Chairil Anwar, Asrul Sani, Rivai Apin, Sitor Situmorang, Pramoedya Ananta Toer, Mochtar Apin, Baharuddin M.S., Henk Ngatung, dan Basuki Resbowa.  Nama Gelanggang diambil daripada nama rubrik kebudayaan majalah Siasat.  Rubrik ini dikendalikan oleh Asrul Sani, Chairil Anwar dan Rivai Apin.SASTERAKarya
GELANGGANG

GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu “Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru”.

SASTERAInstitusi/Organisasi
ANGKATAN 45

ANGKATAN 45, persatuan penulis Indonesia yang ditubuhkan setelah Proklamasi Kemerdekaan  pada 17 Ogos 1945, oleh Angkatan Muda Sasterawan Indonesia.  Mereka yang digolongkan dalam angkatan ini ialah Chairil Anwar, Idrus, Asrul Sani, Pramoedya Ananta Toer, Rivai Apin, Usmar Ismail, Achdiat K. Mihardja, Utuy Tatang Sontani, Sitor Situmorang dan lain-lain.

SASTERAKonsep
ZENITH,

ZENITH,  majalah bulanan di Indonesia.  Zenith mula diterbitkan pada tahun 1951 oleh Yayasan Dharma, dan dicetak oleh percetakan N.V. Dharma yang beralamat Jalan Gongangdia Lama, No. 4, Jakarta.  Sidang redaktur majalah Zenith ialah H.B. Jassin, J.A. Dungga, Sumantri Mertodipuro, Susanto Ruslanputro, Sr. Nuraini dan Asrul  Sani.  Ketua Yayasan Dharma ialah Ir. Pangeran Moh. Noor, dengan anggotanya terdiri daripada Prof. Dr. Supomo, Sukardjo Wirjopranoto, Jusuf Wibisono dan Suwandi. Akte Notaris Yayasan Dharma menyebut bahawa tujuan menerbitkan Zenith adalah sebagai sumbangan kepada masyarakat dan negara Indonesia dalam lapangan kebudayaan di samping pembangunan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.  Keluaran pertama Zenith ialah 4000 naskhah.  Keluaran ini meningkat menjadi 5500 naskhah pada cetakan berikutnya.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas