Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata assalam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam. Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya tentang nilai estetika dan budaya melayu yang terdapat dalam kisah sang kancil(kisah antara kerbau yang menolong buaya). 1)Boleh saya tahu gelaran apa yang dipanggil oleh sang bedal kepada kerbau? 2)boleh jelaskan apakah lagi nilai estetika budaya melayu yang ada dalam kisah tersebut? Maksudnya dari segi Penggunaan bahasa, gelaran, nasihat, pantun dan sebagainya. Saya sertakan pautan video sebagai rujukan. https://youtu.be/pExyx45R4UsUntuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan berhubung dengan pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, iaitu Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Penyelidikan27.07.2023
Assalam: Saya ingin menyemak ejaan jawi bagi ayat di bawah: "Mulai 1.8.2022 Cawangan ini ditukar kepada:" مولاي ١/٨/٢٠٢٢ چاوڠن اين دتوكر كڤدBetulkan kepada:

 :مولاءي 1 اوݢوس 2202، چاوڠن اين دتوكر کڤد 
Lain-lain12.07.2022
Assalam.. Bolehkah pihak DBP memberikan sumbangan buku untuk tujuan Projek CSR pihak kami? Sekiranya boleh bagaimanakah caranya?

PERMOHONAN SUMBANGAN 

Surat rasmi bolehlah die-melkan atau dihantar kepada:

Ketua Pengarah

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur

 

Maklumat PA- Siti Zarinah binti Hailani

No. Telefon: 03-2147 9011

No. Faks: 03-2147 9601

Alamat E-mel: szalina@dbp.gov.my

Lain-lain28.04.2022
Assalam. Saya mencari terma 'facade' (seni bina dan bangunan) dalam bahasa melayu. Ada dokumen/laporan rasmi kerajaan mengunakan terma 'fakad' dan ada yang menggunakan 'fasad'.Mohon pencerahan. Terima kasih DBP.Padanan istilah yang tepat bagi facade ialah "fakad" atau "muka bangunan".Istilah06.01.2022
Assalam DBP Saya ingin dapatkan kepastian adakah perkataan “Jurukur” hanya boleh digunakan oleh Jurukur Tanah Berlesen sahaja? Pihak Lembaga Jurukur Tanah telah melarang profession jurukur lain (iaitu Jurukur Bahan, Jurukur Penilaian & Jurukur Bangunan) untuk menggunakan perkataan “jurukur” dalam nama syarikat. Adakah pihak DBP ada mewartakan perkataan “Jurukur” hanya boleh digunakan oleh 1 profesion sahaja?Kamus hanya memberikan takrifan makna sesuatu perkataan. Perkataan standard yang dirakamkan dalam kamus ialah "juruukur".Ejaan27.12.2021
Assalam... Bersama ini disertakan 'backdrop' untuk mesyuarat. Kami mmohon jasa baik pihak DBP untuk menyemak sama ada perkataan yang di gunakan di dalam 'backdrop tersebut adalah benar atau salah, Jika terdapat kesilapan mohon di perbetulkan. Selain itu juga mohon untuk semak tulisan jawinya juga . Adakan ejaan setiap perkataan itu betul . Bolehkan ejaan jawi di guna pakai untuk Bahasa Inggeris. Mohon nasihat. Terima kasih1. Kami mencadangkan Coffee Table Book ditukar kepada Buku Mewah.

2. Ejaan Jawi yang betul adalah seperti yang berikut:

مشوارت ڤڽلارسن بوکو ميواہ مسجد لاما کامڤوڠ لاءوت

3. Sila betulkan kepada Ibarat sirih pulang ke gagangnya.

4. TARIKH:   MASA:   TEMPAT:   (titik bertindih perlu rapat dengan teks sebelumnya)

5. 7.30 PAGI - 5.00 PETANG
Penyemakan dan penterjemahan24.11.2021
Assalam Adakah betul ayat ini: Berkomunikasi bahasa Inggeris..... (ataupun berkomunikasi dengan bahasa Inggeris......) Terima kasih.Penggunaan ayat yang betul ialah  berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris atau  berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Lain-lain08.08.2021
Assalam dan salam sejahtera, saya bagi pihak guru TABIKA KEMAS daerah Ranau, Saabah ingin memohon bantuan dari pihak DBP untuk mendapatkan artikel dan cerita berkenaan sirah Rasul bagi kegunaan pertandingan Hari Potensi KEMAS yang meletakkan syarat wajib menggunakan artikel dan cerita terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Majalah Dewan Pelajar sahaja. Bagaimanapun kami menghadapi masalah untuk mencari tajuk-tajuk yang dikemukakan di dalam syarat-syarat tersebut. Saya memohon kepada pihak DBP untuk membantu kami dalam membuat carian atau menyatakan buku yang mempunyai tajuk-tajuk tersebut dan mencadangkan cara termudah untuk mendapatkannya memandangkan tarikh pertandingan semakin hampir. Dalam lampiran adalah tajuk yang kami perlukan. Terima kasih.Salam sejahtera, Pertandingan Hari Potensi KEMAS Untuk makluman tuan/puan, syarat pada perkara 7.2 telah diubah suai untuk tidak terikat dengan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Oleh itu, sekiranya pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi pegawai KEMAS Ibu Pejabat W.P Putrajaya (Puan Megawati melalui talian 012-329 4696). Sekian, terima kasih.Lain-lain06.08.2021
Assalam, saya ingin komen tentang maklumat penduduk Sabah dalam Kamus Dewan Perdana yang salah. Sepatutnya penduduk Sabah hanya 3.9 juta orang, bukan 8 854 000 dalam Kamus Dewan Perdana.Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) telah memasukkan maklumat tambahan bagi entri negeri-negeri di Malaysia iaitu maklumat tentang keluasan, jumlah penduduk dan ibu negeri bagi entri negeri tersebut.

Rekod pendrafan dan penyemakan entri Sabah merakamkan jumlah penduduk bagi negeri itu ialah 3 206 742 (2010).

Rekod ini telah dikemas kini pada peringkat pracetak menjadi jumlah penduduknya 8 854 000 (2017).

Pihak penyusun akan membuat perakaman data yang terkini bagi penerbitan KDP pada edisi yang seterusnya.

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.
Lain-lain24.07.2021
Assalam. Maaf, saya ingin komen tentang info unsur kimia pada ketumpatan dalam Kamus Dewan Perdana. Rasanya semua salah unsur kimia mengenai ketumpatan, contohnya Litium ketumpatannya 0.53 kg/m3, sepatutnya 0.53 g/cm3 atau 530 kg/m3.Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Maklumat tentang ketumpatan unsur kimia ialah salah satu maklumat tambahan yang dimasukkan ke dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020). Usaha ini merupakan langkah awal pemasukan maklumat sains ke dalam penyusunan entri bagi kamus umum terbitan DBP.

Selepas disemak, tidak semua ketumpatan unsur kimia itu salah, misalnya hidrogen dan helium (dalam kg/m3).

Pihak kami akan membetulkan ralat bagi ketumpatan unsur kimia yang terkhilaf (dalam bacaannya kg/m3) dalam penerbitan KDP edisi seterusnya.

Keprihatinan tuan adalah sangat kami hargai.
Lain-lain24.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas