Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata assalamu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian adakah terjemahan yang betul untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu adalah selamat dan terlindung"? Terima kasih.

Kami mencadangkan terjemahan untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu selamat dan terjamin"

Lain-lain22.07.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah terjemahan yang tepat untuk "term sheet" (dokumen yang mengandungi terma pelaburan yang wajib dikemukakan oleh penerbit instrumen pelaburan tertentu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) - adakah "helaian terma" atau "kertas terma" atau ada terjemahan yang lain? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi perkataan "term sheet" ialah "perjanjian pelaburan tak terikat".Istilah17.03.2022
Assalamu'alaikum, boleh tolong sahkan ejaan bagi mata dalam sukan ragbi - adakah ia "try" atau "trai"? Kedua-dua ejaan ada dalam PRPM ini. Terima kasih.Jawapan yang betul ialah trai.Ejaan25.02.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. Dividend equalization: Penyamaan dividen

2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah19.02.2022
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah perkataan / frasa yang betul - "14 hari dari tarikh penyata" atau "14 hari daripada tarikh penyata"? Terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah:  ... 14 hari dari tarikh penyata ...Tatabahasa27.09.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah terjemahan yang betul untuk "...in exchange for lower potential return"? Adakah (a) "...sebagai pertukaran kepada potensi pulangan yang rendah"; atau (b) "...sebagai tukaran kepada potensi pulangan yang rendah"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk "...in exchange for lower potential return" ialah "... sebagai pertukaran/tukaran untuk potensi pulangan yang rendah". Makna04.10.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang betul untuk ayat berikut: "I shall indemnify the Bank against all or any loss, claims, demands, costs, damages, expenses and all other liabilities"? Saya tidak pasti apakah terjemahan yang betul untuk membezakan antara "claims" dan "demands" - carian saya menunjukkan kedua-duanya diterjemah sebagai "tuntutan". Terima kasih.

Padanan bahasa Melayu bagi “claims” ialah “tuntutan” manakala padanan bahasa Melayu bagi “demands” ialah “permintaan” atau “desakan” bergantung pada konteks penggunaan ayat tersebut.

Lain-lain04.10.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah terjemahan untuk "What is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah "Berapakah jumlah kerugian maksimum yang anda sanggup bertoleransi sebelum menjual pelaburan anda?" Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "what is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah berapakah jumlah kerugian maksimum yang sanggup anda terima sebelum menjual pelaburan?Penyemakan dan penterjemahan03.10.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan yang mana satukah ayat yang betul? (a) "Berapakah jumlah aset yang anda merancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?"; atau (b) "Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk ketepikan untuk tujuan pelaburan?" Terima kasih.

Ayat yang betul ialah Berapakah jumlah aset yang anda rancang untuk diketepikan bagi tujuan pelaburan?

Tatabahasa03.10.2021
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "FRNID and FRINI refers to Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits and Floating Rate Islamic Negotiable Instruments respectively that are regulated under Bank Negara Malaysia" sebagai "FRNID dan FRINI merujuk kepada Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung dan Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung masing-masing yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi 'Floating Rate Negotiable Instrument of Deposits (FRNID)' ialah Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) manakala 'Floating Rate Islamic Negotiable Instrument (FRINI)' ialah Instrumen Boleh Niaga Islam Kadar Terapung (FRINI)

Makna04.10.2021
12345678910...

Kembali ke atas