Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.sa.la.mu.Öa.lai.kum] | السلامعليکم

Definisi : Ar selamat sejahtera kpd kamu semua (lelaki dan perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.sa.la.mu.Öa.lai.kum] | السلامعليکم

Definisi : damai atau kesejahteraan padamu (sekalian). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata assalamualaikum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul?

          

1.      Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”.

2.      "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.


Ejaan31.10.2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mohon bantuan pihak DBP untuk bantu mengenai maklumat kata berikut, manakah yang lebiih utama dari segi susunan; 1. Jabatan 2. Pejabat 3. Bahagian 4. Unit 5. Institut Bantuan dan maklumbalas adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.Tiada ketetapan yang rasmi untuk susunan kedudukan dalam sesebuah organisasi.  Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan susunan seperti yang berikut:
i.  Institusi
ii. Jabatan
iii. Pejabat
iv. Bahagian
v.  Unit
Lain-lain18.04.2024
Assalamualaikum, Apakah maksud yang sesuai dan sedap didengar dalam bahasa melayu bagi slogan dibawah 1. TRULY PENANG TASTE 2. PENANG AUTHENTIC FLAVOUR Terima Kasih.

Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun, pihak kami boleh membantu tuan menyemak frasa tersebut yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Lain-lain22.04.2024
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Tuan/Puan, Mohon pandangan terma bahasa Melayu yang sesuai bagi terma "learned gender assumptions" seperti dalam ayat "feminists claimed that criminal behavior was affected by learned gender assumptions like the endorsement of adversarial sexual script." Terima kasih.Cadangan padanan bagi istilah learned gender assumptions dalam bahasa Melayu ialah andaian gender dipelajari. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah08.03.2024
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, saya mohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan yang sesuai bagi perkataan "relief" di dalam Bahasa Malaysia. Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai daripada perkataan Inggeris yang dimelayukan kepada "relief". Struktur ayat adalah seperti berikut: Tiada seorang pun, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan benda yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai pelaksanaan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Enakmen ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau RELIEF lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah. Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu “pampasan”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain19.03.2024
Assalamualaikum. Tuan/Puan, bolehkah pihak DBP memberi cadangan terjemahan istilah teks tebal (bold font) dalam ayat-ayat dalam dokumen yang dilampirkan? Terima kasih.Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Bagi mendapatkan perkhidmatan penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: salesonline@itbm.com.my/info@itbm.com.myPenyemakan dan penterjemahan11.12.2023
Assalamualaikum, "Berpegang kepada sabda Rasulullah" atau "Berpegang pada sabda Rasulullah"? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Berpegang pada sabda Rasulullah".Tatabahasa27.03.2024
Assalamualaikum pihak DBP, di sini ingin saya mengajukan soalan berhubung dengan tulisan jawi dan bidang matematik. Bagaimanakah kita ingin menjawikan istilah matematik? Misalnya dalam bab algebra, logaritma, trigonometri, bulatan, pengamiran dan lain-lain. Mohon pihak DBP memberi respons yang memuaskan.Untuk menyemak ejaan Jawi dalam pelbagai bidang termasuklah istilah Matematik, seperti ejaan algebra, logaritma dan trigonometri, tuan boleh merujuk www.prpm.gov.my. Sila tulis dengan huruf kecil dan ejaan Jawi akan terpapar bersama-sama entri berkenaan. Sekiranya istilah tersebut tidak ditemukan dalam PRPM (bermakna tulisan Jawi juga tidak ditemui), tuan boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ejaan28.02.2024
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Mohon pencerahan Bahagian Khidmat Nasihat DBP untuk penggunaan perkataan yang betul bagi imbuhan kepada perkataan akar "lak" atau dalam bahasa Inggeris iaitu "seize". Adakah "menglak" atau "mengelak" Struktur ayat adalah seperti berikut: Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan apa-apa dokumen atau artikel tidak boleh dilaksanakan daripada atau melalui akses melalui premis, vesel atau kenderaan, pegawai diberi kuasa boleh dengan apa-apa cara MENGELAK/MENGLAK dokumen atau artikel itu. Sekian, terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk “lak” ialah “sita” atau “rampas”. Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Tatabahasa19.03.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tiga perkataan berikut yang manakah yang betul: Al-Azhar al-Syarif atau al-Azhar asy-Syarif atau al-Azhar as-Syarif? Boleh jelaskan sebab?

Perkataan bahasa Arab seperti al-, an-, as- dieja dengan huruf kecil dan diletakkan tanda sempang sekiranya diikuti dengan huruf besar selepasnya seperti al-Quran dan as-Siddiq. Sekiranya diikuti dengan kata nama am, perkataan bahasa Arab tersebut dieja bersambung tanpa tanda sempang seperti alkisah dan alhasil. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Arab tersebut dieja dengan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat.

Merujuk pertanyaan saudara berkaitan dengan penggunaan awalan al-, asy- atau as-, DBP tidak dapat mengesahkan penggunaan perkataan Arab yang betul, kecuali saudara dapat memberikan ejaan dalam bahasa Arab bagi awalan tersebut.

Tatabahasa24.03.2024
12345678910...

Kembali ke atas