Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : in ~ (with) bersama(-sama) (dgn): the two firms of architects worked in ~ on the project, kedua-dua firma arkitek bekerja bersama-sama dlm projek itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. society, league, etc, persatuan: Parent-Teacher A~, Persatuan Ibu Bapa dan Guru; the Football A~ of Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia; 2. act of associating, state of being associated, a. (between persons) perhubungan: her parents disapproved of the ~ between them, ibu bapanya tdk bersetuju dgn perhubungan mereka; throughout his long ~ with the firm..., sepanjang perhubungannya dgn firma itu...; b. (between things), (per)kaitan, hubungan: the diagram illustrates the ~ between the brain and the spinal cord, gambar rajah itu menunjukkan perkaitan antara otak dgn saraf tunjang; 3. friendship, companionship, perhubungan: our ~ did not last long, perhubungan kami tdk kekal lama; 4. mental connection, perkaitan: the ~ of ideas, perkaitan idea-idea; Malacca is full of historic ~s, negeri Melaka penuh dgn perkaitan sejarah; 5. (psychol) perkaitan; 6. (chem) penyekutuan: ~ reaction, tindak balas penyekutuan; ~ theory, teori penyekutuan; 7. (ecol) sekutuan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata association


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "the differential mode of association" dan "organizational mode of association"? Terima kasih.Selamat pagi,

Antara cadangan yang boleh diberikan ialah  

The differential mode of association -Perbezaan pengendalian kesatuan  

Organizational mode of association - Perbezaan pengurusan kesatuan
Makna13.03.2020
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih.Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung.Istilah05.02.2014
Salam , apa terjemahan yang sesuai bagi perkataan "association colloids" ?Padanan bahasa Melayu bagi istilah association colloids ialah koloid asosiasi.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah20.09.2022
Tuan/Puan, Apakah padanan untuk "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan "in association" diterjemahkan sebagai "bersama-sama", manakala "affiliation" diterjemahkan sebagai "penggabungan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan01.10.2021
Tuan/Puan, Apa padanan "in association" dan "affiliation" dalam Bahasa Melayu bagi konteks di bawah: "9. (1) The University may, with the prior written approval of the Minister- (a) conduct any course of study jointly or in association, affiliation, collaboration or by way of franchise or otherwise, with any University, University College, higher educational institution, or professional body, or any organization, within or outside Malaysia; and" Sekian, terima kasih.

Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan:



in association: berkaitan, berhubung, bersama-sama

affiliation: bergabung

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Makna06.10.2021
Apakah terjemahan terbaik untuk 'Malaysian Association of Professional Secretaries & Administrators'? 1. Persatuan Setiausaha Profesional dan Pentadbir Malaysia ATAU 2. Persatuan Setiausaha dan Pentadbir Professional MalaysiaSalam sejahtera,

terjemahan bagi Malaysian Association of Professional Secretaries and Administrators ialah Persatuan Setiausaha dan Pentadbir Profesional Malaysia.

Sekian, terima kasih.
Makna16.09.2020
Hi Assalamualaikum, Saya ingin memohon nasihat untuk translasi "Malaysia Sustainable Business Network Association". Mohon dihantar maklum balas melalui email ke nurul.ain.afiqah@gmail.com. Terima Kasih. :)Terjemahan yang sesuai bagi Malaysia Sustainable Business Network Association ialah Persatuan Rangkaian Perniagaan Lestari Malaysia.
Makna31.10.2016
Minta bantuan untuk menterjemahkan ayat berikut: 1. The Association of Nutritional and Functional Medicine Practitioners, Malaysia. 2. Functional Medicine.

Cadangan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai ialah:

  1. The Association of Nutritional and Functional Medicine Practitioners, Malaysia - Persatuan Pengamal Perubatan Nutrisi dan Fungsian, Malaysia.
  2. Functional Medicine - Perubatan Fungsian

Penyemakan dan penterjemahan14.04.2022
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM?Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan.

Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah.  Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.

Tatabahasa23.09.2013
apakah terjemahan yang sesuai untuk: MALAYSIA PRIMARY SCHOOLS WELL-BEING ASSOCIATION? terima kasih.Cadangan kami PERSATUAN SEKOLAH RENDAH MALAYSIA SEJAHTERALain-lain23.10.2017
12

Kembali ke atas