Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : in ~ (with) bersama(-sama) (dgn): the two firms of architects worked in ~ on the project, kedua-dua firma arkitek bekerja bersama-sama dlm projek itu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. society, league, etc, persatuan: Parent-Teacher A~, Persatuan Ibu Bapa dan Guru; the Football A~ of Malaysia, Persatuan Bola Sepak Malaysia; 2. act of associating, state of being associated, a. (between persons) perhubungan: her parents disapproved of the ~ between them, ibu bapanya tdk bersetuju dgn perhubungan mereka; throughout his long ~ with the firm..., sepanjang perhubungannya dgn firma itu...; b. (between things), (per)kaitan, hubungan: the diagram illustrates the ~ between the brain and the spinal cord, gambar rajah itu menunjukkan perkaitan antara otak dgn saraf tunjang; 3. friendship, companionship, perhubungan: our ~ did not last long, perhubungan kami tdk kekal lama; 4. mental connection, perkaitan: the ~ of ideas, perkaitan idea-idea; Malacca is full of historic ~s, negeri Melaka penuh dgn perkaitan sejarah; 5. (psychol) perkaitan; 6. (chem) penyekutuan: ~ reaction, tindak balas penyekutuan; ~ theory, teori penyekutuan; 7. (ecol) sekutuan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata association


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INTERNATIONAL ASSOCIATION OF LIONS CLUB UMUM 
AUTOMOBILE ASSOCIATION (AA)

Automobile Association (AA) di Britain ialah

pertubuhan permotoran terbesar di dunia. Ia

mempunyai lebih enam juta ahli. Tujuan persatuan ini

umumnya adalah untuk melindungi dan

meningkatkan minat pemandu kenderaan bermotor

dan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh

untuk ahlinya. Perkhidmatan yang diberikan meliputi

servis kerosakan, bantuan dari segi undang-undang,

maklumat teknikal, pelan jalan, perakuan hotel, dan

sebuah buku panduan percuma. AA mengatur

insurans motor dan lain-lain, dan merupakan

penerbit utama buku berkaitan dengan perjalanan,

panduan dan peta.

UMUM 
YOUNG WOMEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YWCA)

Young Women’s Christian Association

(YWCA) ialah pertubuhan wanita berbilang

bangsa yang tertua dan terbesar di dunia.

Keanggotaan pertubuhan ini terbuka kepada

wanita dan anak gadis dari semua agama dan latar

belakang.

UMUM 
YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA)

Young Men’s Christian Association

(YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah

pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang

terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh

25 juta ahli dari lebih 90 buah negara.

UMUM 
MALAYAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)

Malayan Chinese Association (MCA), parti politik masyarakat Cina di Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SARAWAK DAYAK ASSOCIATION

SARAWAK DAYAK ASSOCIATION, pertubuhan suku kaum Dayak di Sarawak.  Persatuan ini didaftarkan sebagai pertubuhan sosial pada 24 Februari 1946.  Antara mereka dipilih untuk memimpin persatuan ini ialah Charles Mmason (presiden), Edward Brandah (naib presiden), Philip Jitam dan Andres Jika (setiausaha) dan Robert Jitam (bendahari), manakala Edwin Howell dilantik sebagai penasihat kehormat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSATUAN BADMINTON MALAYSIA

Persatuan Badminton Malaysia (Badminton

Association of Malaysia-BAM) ialah salah satu

persatuan sukan yang terulung di Malaysia.

Persatuan ini mula bergerak aktif sebelum Perang

Dunia I. BAM ditubuhkan secara rasmi pada 11

November 1934 atas cadangan J.F. Jerlin, bapa

kepada dua pemain pasukan Piala Uber Amerika

yang melawat Malaya antara tahun 1929 dan tahun

1931.

UMUM 
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH

Persatuan Perubatan British (British

Medical Association [BMA]) ialah persatuan

profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan

pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains

perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk

mengekalkan kehormatan dan minat terhadap

profesion perubatan.

UMUM 
PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA

Persatuan Pembangunan Antarabangsa

(International Development Association–IDA) ialah

organisasi dunia yang menyediakan pinjaman

kepada negara sedang membangun untuk projek

pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960

untuk membantu negara sedang membangun yang

memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak

mendapat kemudahan pinjaman wang yang

mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa.

UMUM 
TAN SIEW SIN, TUNAhli politik dan Pesiden pasti Malayan Chinese Association (1961-1974).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
1234

Kembali ke atas