Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.ta.ka] | استاک

Definisi : pentas khas yg dibina utk sesuatu tujuan, terutamanya utk acara tilawah al-Quran; balai ~ sl sj balai dlm istana (tidak berdinding dan digunakan utk upacara dsb): raja pun berangkat naik ke atas gajah dan diarak terus ke ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.ta.ka] | استاک

Definisi : 1 = balai ~ balai di istana. 2 balai sementara tempat mengadakan pertandingan, pameran dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata astaka


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
astaka1 = balai ~ balai di istana. 2 balai sementara tempat mengadakan pertandingan, pameran dsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
astakapentas khas yg dibina utk sesuatu tujuan, terutamanya utk acara tilawah al-Quran; balai ~ sl sj balai dlm istana (tidak berdinding dan digunakan utk upacara dsb): raja pun berangkat naik ke atas gajah dan diarak terus ke ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
astaka1. = balai ~ balai di istana. 2. balai sementara tempat mengadakan pertandingan, pameran dsb.Kamus Pelajar
balai astakapanggung yg tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pd upacara-upacara;Kamus Dewan Edisi Keempat
balai astakasl sj balai dlm istana (tidak berdinding dan digunakan utk upacara dsb): raja pun berangkat naik ke atas gajah dan diarak terus ke ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
setaka®astaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkepilterletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid.Kamus Dewan Edisi Keempat
pavilion1. bangunan di tepi lapangan olahraga utk kemudahan peserta dan penonton; 2. rumah tambahan di samping rumah besar; 3. bangun­an sementara, terutamanya utk dijadikan tempat pameran, peraduan, dsb, astaka.Kamus Dewan Edisi Keempat
balai I1. gedung, rumah (untuk awam), pejabat; 2. rumah (gedung, bangunan) dlm lingkungan istana; balai adat rumah tempat dilakukan upacara adat; balai balai agung a) = balai kota gedung tempat pentadbiran bandaran; b) = balai besar rumah besar tempat menghadap raja; balai angin = balai bayu = balai peranginan rumah tempat berehat (bersenang-senang, mengambil angin); balai angkat-angkat tempat nobat (bunyi-bunyian) raja; balai apit = balai tengah rumah tempat menanti raja (di antara istana dan balai penghadapan); balai astaka panggung yang tinggi dan beratap tempat raja bersemayam supaya dapat dilihat oleh orang ramai pada upacara-upacara; balai bendul = balai mentor(a) balai tempat menanti apabila hendak menghadap raja; balai berlepas dewan menanti sebelum penumpang berangkat menaiki kapal terbang (kapal dan lain-lain); balai bertingkat balai yang atapnya berlapis-lapis (balai undang Johol); balai bomba bangunan khas tempat pasukan bomba dengan kereta bomba dan alatalat memadamkan api ditempatkan; balai buana tempat berkorban pada upacara menyemah negeri; balai cerap bangunan yang dilengkapi peralatan tertentu untuk membolehkan ahli sains dan sebagainya membuat pemerhatian terhadap fenomena cuaca, bintang dan sebagainya; balai dagang Id ark pejabat tempat mengurus atau memajukan perdagangan (antara negara-negara); balai derma rumah tempat menerima kurnia (sedekah) raja; balai desa Id balai raya; balai gading balai yang letaknya di kiri kanan pintu gerbang istana; balai gambang = balai kambang balai yang di atas air untuk berangin atau mandi; balai gendang rumah tempat tabuh masjid; balai kecil balai menghadap yang kecil; balai kembang = balai sari balai dlm taman; balai kesihatan = balai pengubatan Id klinik; balai ketibaan dewan ketibaan untuk para penumpang yang baru tiba, iaitu yang baru turun dr kapal terbang (kapal dan lain-lain); larangan rumah di istana tempat puteri-puteri; balai lelang Id rumah tempat melelong barang; balai limas balai yang atapnya berbentuk piramid; balai lintang = balai melintang balai yang letaknya di sebelah kanan istana; balai luar tempat rakyat menunggu di luar istana; balai madat rumah tempat berkawal; balai menghadap = balai penghadapan balai (sementara) tempat menghadap raja; balai pancalogam sl balai yang dibuat daripada marmar; balai pancapersada balai tempat memandikan pengantin baru (anak raja-raja); balai (nan) panjang balai tempat menghadap undang (di Rembau); balai perbujangan balai yang dibuat untuk sementara (jika tempat dlm istana kurang kerana upacara besar); balai perguruan tinggi Id ark universiti; balai pertemuan Id rumah tempat bermesyuarat dan lain-lain; balai paseban = balai pistaka balai besar; balai polis bangunan tempat polis bertugas; balai raya balai tempat orang kampung membuat perjumpaan atau mengadakan mesyuarat; balai rendah Id (gedung) dewan rakyat; balai serong balai yang letaknya serong dr istana; balai surung anjung pada rumah yang berbumbung lima; balai tinggi Id (gedung) dewan negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
kepilberdamping(an), berdampil, berhampir­an, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdam­pingan dgn ibunya; mengepilkan 1. menjadikan (menyebab­kan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas