Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.tro.lab] | استرولب

Definisi : alat yg digunakan oleh ahli astronomi zaman pertengahan utk mengukur altitud bintang, matahari dsb dan sbg alat bantu pandu arah dlm pelayaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata astrolab


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASTROLAB

Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli

astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur

sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada

sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai

bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap

tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat

pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya

mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur

ketinggian bintang itu.

Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat

lain yang lebih tepat.

Lihat juga Sekstan.

UMUM 

Kembali ke atas