Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.tro.lo.gi] | استرولوݢي

Definisi : ilmu nujum (ilmu peramalan sesuatu berdasarkan kajian bintang-bintang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.tro.lo.gi] | استرولوݢي

Definisi : ilmu nujum atau ilmu ramalan yg berdasarkan bintang-bintang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata astrologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASTROLOGI

Astrologi ialah kajian bagaimana matahari, bulan,

planet dan bintang kononnya berkaitan dengan

kehidupan dan kejadian di bumi. Ia berdasarkan

kepercayaan bahawa cakerawala membentuk pola

yang boleh menggambarkan watak atau masa depan

seseorang. Kebanyakan orang di seluruh dunia

percaya pada astrologi. Mereka mendasarkan

keputusan penting atas nasihat ahli astrologi (orang

yang menilik nasib dengan mengkaji bintang). Orang

lain mengatakan bahawa astrologi tidak mempunyai

asas saintifik. Astrologi berbeza daripada astronomi.

Astrologi berkembang daripada satu set prinsip yang

berasal lebih 2000 tahun dahulu.

UMUM 
NOSTRADAMUS

Nostradamus (1503–1566) ialah nama Latin bagi

Michel de Notredame, ahli astrologi dan doktor

Perancis. Kemasyhurannya kerana bukunya

Centuries (1555), satu siri ramalan dalam bentuk

puisi. Kemasyhuran Nostradamus berkekalan pada

tahun 1559 apabila Raja Henry II dari Perancis

meninggal dunia sebagaimana yang diramal dalam

Centuries.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 
SCORPIO

Scorpio ialah buruj (kumpulan bintang) yang boleh

dilihat di kedua-dua hemisfera Utara dan Selatan.

Scorpio ialah lambang zodiak kelapan dan salah satu

buruj paling terang di langit. Dalam mitologi, Scorpio

melambangkan serangga yang menyebabkan

kematian Orion. Buruj ini terdiri daripada suatu

barisan panjang bintang yang cerah yang

menyerupai bentuk kala jengking. Ia mempunyai

bahagian tengah berwarna merah yang ditandai oleh

bintang raksasa merah yang cerah iaitu Antares.

Sengatnya ditandai oleh bintang Lambda Scorpii,

yang juga dikenali sebagai Shaula , iaitu nama yang

berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud

“sengat”. Buruj ini mengandungi bintang lota yang

kilauannya kira-kira 200 000 kali lebih kuat daripada

matahari. Scorpion jelas terpampang pada latar

belakang Bima Sakti dan mengandungi beberapa

gugusan bintang yang menakjubkan. Ini termasuk

M4 (berhampiran Antares), iaitu objek yang dapat

dikenal pasti dengan mudah melalui teropong, dan

M6 dan M7, yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Matahari melintasi buruj ini dalam masa yang singkat

pada minggu akhir bulan November.

Lihat juga Astrologi; Astronomi; Zodiak.

UMUM 
BOSCH, HIERONYMUS

Bosch, Hieronymus (1450?–1516), pelukis

Belanda. Dia dikenali kerana mencipta triptych

(lukisan kembar tiga) yang imaginatif. Kebanyakan

lukisan Bosch mempunyai latar belakang landskap

yang penuh sesak dengan orang cacat, raksasa

yang aneh, haiwan yang herot, makanan yang

besar dan pelik bentuknya, dan kadangkala objek

yang sukar dikenal pasti. Karyanya mencerminkan

pengaruh kiasan dan permainan kata-kata Belanda,

kesusasteraan rakyat, cerita ibarat daripada Bible,

ilmu sihir, alkimia, dan astrologi.

UMUM 

Kembali ke atas