Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.tro.no.mi] | استرونومي

Definisi : ilmu falak (pengetahuan tentang bintang-bintang yg melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta tafsiran yg berkaitan dgn bintang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.tro.no.mi] | استرونومي

Definisi : ilmu ttg bintang-bintang, planet, bulan dan matahari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata astronomi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASTRONOMI

Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah

ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda-

benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli-

ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan

dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas.

Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada

kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka

cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti

“Apakah rencaman bintang-bintang? dan

Bagaimanakah bintang mendapat cahaya”. Oleh

sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga

dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang

mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku

di angkasa lepas.

UMUM 
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST

Argelander, Friedrich Wilhelm August

(1799–1875), ahli astronomi Jerman-Finland dan

profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah

membuat katalog dan mencartakan lebih daripada

300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi

utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah

menubuh dan menjadikan pengajian tentang

perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi

dengan mengkaji sejarah perubahan bintang-

bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di

Meme (kini Klaipeda), Lithuania.

UMUM 
ASTRONOMI RADIO

Astronomi radio, teknik kajian tentang alam semesta yang dilakukan dengan menggunakan gelombang radio.

FIZIKDisiplin Ilmu
MAGNITUD

Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli

astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang

bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang

atau planet, maka lebih rendah nombor

magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan

usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani

purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M.,

Hipparchus mengelaskan bintang mengikut

kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling

cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang

yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua

dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang

paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar

sebagai bintang magnitud keenam.

UMUM 
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
NEWTON, SIR ISAAC

Newton, Sir Isaac (1642–1727) ialah ahli sains

astronomi, dan matematik Inggeris, yang mencipta

sejenis matematik baru, menemui rahsia cahaya

dan warna, dan menunjukkan bagaimana alam

semesta berada dalam kedudukannya. Dia

kadangkala dikenali sebagai “salah seorang tokoh

yang paling agung dalam sejarah pemikiran

manusia” kerana sumbangannya yang besar

terhadap matematik, fizik, dan astronomi.

UMUM 
TAHUN CAHAYA

Tahun cahaya ialah satu unit yang digunakan

oleh ahli astronomi untuk menerangkan jarak di

antara bintang. Ia adalah jarak perjalanan dalam

satu tahun oleh satu denyutan cahaya. Cahaya

bergerak pada kelajuan 299 792 kilometer satu

saat. Oleh itu, satu tahun cahaya adalah bersamaan

9.46 juta kilometer. Sebuah kapal terbang jet yang

terbang pada kelajuan 800 kilometer satu jam

perlu terbang selama 1.34 juta tahun supaya

terbang dalam satu tahun cahaya. Jarak astronomi

adalah tersangat luas hinggakan bintang yang

paling hampir dengan bumi – selain dari matahari

– ialah 4.3 tahun cahaya jauhnya. Lihat juga Bintang

(Bintang di dalam alam semesta).

UMUM 
MÖBIUS, AUGUST FERDINAND

Möbius, August Ferdinand (1790–1868) ialah

ahli astronomi dan ahli matematik Jerman. Dalam

bidang matematik, Möbius adalah antara pelopor

topologi , suatu cabang geometri yang mengkaji

sifat rajah yang tidak berubah akibat bengkokan,

regangan, dan sebagainya. Dalam topologi, kiub

dan sfera dianggap sama kerana setiap satunya

dapat dibentuk daripada yang lain dengan

mengubah bentuknya. Sebagai contoh, donat,

rekod gramofon, dan jarum dapat saling diubah

bentuknya. Antara penemuan Möbius ialah Jalur

Möbius (lihat Jalur Möbius). Möbius lahir di

Schulpforta. Dia belajar di Leipzig University. Pada

tahun 1815, dia dilantik menjadi profesor

astronomi di Leipzig University. Dia kekal

berkhidmat di universiti ini sehingga ke akhir

hayatnya. Lihat Geometri; Matematik (Sejarah:

Pada tahun 1800-an).

UMUM 
CELCIUS, ANDERSAhli astronomi Sweden.FIZIKTokoh
SATELIT

Satelit , dalam astronomi, ialah jasad yang

beredar mengelilingi sebuah planet. Perkataan

satelit bermaksud “penjaga.” Bulan kita yang

mengelilingi bumi dalam perjalanannya

mengelilingi matahari, ialah sebuah satelit. Jasad

yang kabur atau gelap yang mengelilingi bintang-

bintang tertentu dan menyebabkan cahayanya

gelap atau cerah juga dinamakan satelit. Bintang

yang dikelilinginya dinamakan bintang-bintang

berubah gerhana. Sekurang-kurangnya tujuh

planet dalam sistem suria kita mempunyai satelit.

Planet-planet ini ialah Bumi, dengan satu satelit;

Pluto dengan 1; Marikh dengan 2; Neptun dengan

2; Uranus dengan 15; Musytari dengan 16; dan

Zuhal dengan 18.

Lihat rencana planet yang berasingan, seperti

Musytari .

UMUM 
1234567

Kembali ke atas