Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.su.han] | اسوهن

Definisi : 1. peliharaan dan didikan, jagaan: semasa kecil dia dlm ~ neneknya; 2. awasan dan tunjuk ajar, bimbingan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.su.han] | اسوهن

Definisi : 1 usaha yg dilakukan utk mengasuh; hasil drpd mengasuh; bimbingan; didikan. 2 yg diasuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asuhan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASUHAN SIANG HARI

Asuhan siang hari ialah khidmat penjagaan

kanak-kanak atau orang dewasa yang uzur, ketika

orang yang bertanggungjawab terhadap mereka

tidak dapat berbuat demikian. Di kebanyakan

negara maju, mengikut tradisi, wanita menjaga

anak di rumah. Walau bagaimanapun, semenjak

beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang

bekerja di luar rumah semakin bertambah.

UMUM 
SALAH ASUHAN

SALAH ASUHAN, novel karya Abdul Muis.  Novel setebal 231 halaman ini diterbitkan pertama kali oleh Balai Pustaka pada tahun 1928.  Hingga tahun 1990, novel ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.  Pada tahun 1969, Salah Asuhan mendapat hadiah tahunan dari pemerintah Republik Indonesia bersama-sama novel Siti Nurbaya, Belenggu dan Atheis.  Pada tahun 1972, novel ini telah difilemkan.  Salah Asuhan juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina dan Jepun.

SASTERAKarya
AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 ialah akta yang memperuntukkan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak.

UNDANG-UNDANGAkta
RAJA AISYAH RAJA SULAIMANRAJA AISYAH RAJA SULAIMAN (1889-1924), penulis. Dia lahir pada tahun 1889 di kompleks istana, tempat yang sekarang dikenal sebagai Kampung Baru, Pulau Penyengat. Dia ialah cucu Raja Ali Haji (1809-1870). Raja Aisyah mendapat pendidikan dan asuhan yang ketat dan sempurna daripada inang-inang yang terpilih. Selain mewarisi tabiat suka membaca buku sejak kecil, dia juga terdedah kepada suasana pembacaan hikayat dan pendendangan puisi di istana. Dari situlah juga Raja Aisyah mempelajari teknik bercerita.SASTERATokoh
TUK PULAU UBITUK PULAU UBI (1881-1955), ulama.  Dia lahir di Kampung Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.  Nama sebenarnya ialah Haji Yusof bin Abdul Rahman bin Abdul Ghani.  Dia digelar Tuk Pulau Ubi sempena nama pondoknya di Pulau Ubi, dekat Geting, Tumpat.  Di samping mendapat asuhan dan didikan daripada keluarganya, dia belajar di pondok Haji Abdul Malek, seorang tuk guru ternama di Kelantan pada suku terakhir abad ke-19, yang kebetulan membuka pondok di kampungnya.  Selepas itu, Tuk Pulau Ubi belajar di Patani dengan Haji Abdul Latiff, sepupu bapanya yang kemudian menghantarnya ke Makkah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
IBU ZAIN

IBU ZAIN, (1903-1989), pendidik dan ahli politik. Dia lahir di Kampung Nyalas, Jasin, Melaka. Nama penuhnya Zainun bte Sulaiman. Ayahnya mengajar bahasa Melayu di Maktab Melayu Melaka (1900-1915). Dia belajar bahasa Inggeris daripada Paderi Shellabear di kelas asuhan Bandar Hilir pada tahun 1908. Ibu Zain belajar di Sekolah Rendah Methodist Girls’ School, Tranquera, Melaka sehingga Darjah Tujuh (1916).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas