Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asy


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tiga perkataan berikut yang manakah yang betul: Al-Azhar al-Syarif atau al-Azhar asy-Syarif atau al-Azhar as-Syarif? Boleh jelaskan sebab?

Perkataan bahasa Arab seperti al-, an-, as- dieja dengan huruf kecil dan diletakkan tanda sempang sekiranya diikuti dengan huruf besar selepasnya seperti al-Quran dan as-Siddiq. Sekiranya diikuti dengan kata nama am, perkataan bahasa Arab tersebut dieja bersambung tanpa tanda sempang seperti alkisah dan alhasil. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Arab tersebut dieja dengan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat.

Merujuk pertanyaan saudara berkaitan dengan penggunaan awalan al-, asy- atau as-, DBP tidak dapat mengesahkan penggunaan perkataan Arab yang betul, kecuali saudara dapat memberikan ejaan dalam bahasa Arab bagi awalan tersebut.

Tatabahasa24.03.2024
Salam tuan di talian. Saya ingin tahu bagaimana perkataan skuasy dipenggalkan mengikut suku kata, sama ada (skuasy) atau (sku / asy)?Yang sebetulnya ialah (skuasy).Ejaan12.04.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada soalan saya yang lalu mengenai kaedah transliterasi Arab-Rumi, bagaimana pula ejaan rumi bagi kalimah bahasa Arab yang dimulai dengan alif lam syamsiah, al-Azhar al-Syarif ataupun al-Azhar asy-Syarif?Ejaan rumi yang betul ialah "al-Azhar al-Syarif"Tatabahasa03.02.2023

Kembali ke atas