Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1. penutup rumah bahagian atas (utk me­lin­dungi penghuni dr hujan dan panas), bum­bung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih mahal drpd ~ rumbia; beratap mempunyai (memakai) atap, dibu­buh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; mengatap membubuh atap, memasang atap; mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1 penutup rumah di sebelah atas: ~ rumah ini sudah bocor. 2 sesuatu (spt daun rumbia, genting, zink) yg digunakan utk menutup bahagian atas rumah. beratap mempunyai atap: Rumah yg baru didirikan itu belum ~ lagi. beratapkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg atap: pondok yg ~ rumbia. mengatap 1 memasang atap. 2 mencari daun rumbia dsb utk dibuat atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
thatchn 1. straw or reeds used for roofing, jerami (atap); (in loose usage) atap: a house with a roof made of ~, rumah yg atapnya dibuat drpd jerami or yg bumbungnya dibuat drpd atap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thatchingn straw or reeds used for roofing, jerami (atap); (in loose usage) atap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roofvt cover with a roof, memasang /bumbung, atap/ pd, mengatapi: they -ed the hut with palm leaves, mereka memasang atap rumbia pd pondok itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thatch2. roof made from straw or reeds, atap (jerami): the farmhouse ~ is very old and needs replacing, atap jerami rumah ladang itu sangat usang dan perlu diganti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
roofingn 1. act of covering with a roof, memasang /bumbung, atap/ (pd); 2. also roofing material material used for roofs, bahan /bumbung, atap/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parapet n 1. low wall, ( along the edge of balcony, bridge, etc. ) tembok; ( along roof) dinding cucur atap: a three-foot ~ surrounds the roof, dinding cucur atap setinggi tiga kaki melingkungi bumbung tersebut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thatchern pembuat atap jerami.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eavesn cucur atap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
corrugated ironn atap zink.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
house-topn /bumbung, atap/ rumah; /shout, proclaim, etc/ from the ~s, menghebahkan: we don’t want all our private business shouted from the ~s, kita tdk mahu segala hal peribadi kita dihebahkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas