Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis? | 1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan" 2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut." | Lain-lain | 21.08.2021 |
"Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan ke atas perkara ini amatlah kami hargai." Adakah ayat di atas gramatis? | Cadangan padanan jawapan ialah "Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini, amatlah kami hargai." | Lain-lain | 28.07.2022 |
Salam. Apa terjemahan untuk "online game"? Adakah "pemainan dalam talian" atau "permainan atas talian"? Apa perbezaan penggunaan "dalam" dan "atas" mengikut konteks di atas? | Salam sejahtera, Padanan "online game" ialah permainan dalam talian. Dalam talian bermaksud berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer atau berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer. Tiada istilah atas talian. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2018 |
ingin bertanya berkaitan tatabahasa yang sesuai untuk pembuka kata bagi surat rasmi: i. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. ii. Segala hormatnya perkara di atas dirujuk. iii. Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. iv Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas Terima kasih. | Dengan hormatnya/segala hormatnya perkara di atas dirujuk atau Dengan hormatnya/segala hormatnya kami merujuk perkara di atas. | Lain-lain | 09.10.2018 |
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan." | Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." | Tatabahasa | 29.01.2023 |
Mohon cadangan ayat mana yang sesuai untuk digunakan sebagai pembuka bagi surat rasmi "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk" atau " Merujuk kepada perkara di atas/Perkara di atas adalah dirujuk" Ini kerana jabatan Kerajaan lazimnya menggunakan ayat "Dengan segala hormatnya" sebagai pemula surat. | Ayat yang sesuai digunakan ialah “Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.” | Tatabahasa | 20.02.2023 |
Ayat manakah yang betul? A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. B) Buku itu bukan diletakkan di atas meja. Kata Nafi "bukan" diguna sebelum "berasal dari Johor" sebagai frasa sendi. Frasa "diletakkan di atas meja" dikenali sebagai frasa sendi atau frasa kerja? | Frasa yang betul A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. Frasa "diletakkan di atas meja" sebagai frasa adjektif. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 262-263. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. | Tatabahasa | 24.05.2023 |
Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. TUAN, ADAKAH BETUL PENGGUNAAN 'IALAH' SELEPAS BILANGAN ATAU PERLU DITUKAR 'ADALAH'? | Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. | Tatabahasa | 02.11.2021 |
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatan | Terima kasih atas peringatan. | Lain-lain | 09.03.2023 |
Merujuk kepada perkara di atas atau merujuk perkara di atas? | Frasa yang betul ialah "merujuk perkara di atas". | Tatabahasa | 11.03.2021 |