Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. | Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya. di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar atas angin. | Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat di atas tumbuh, pusaka di atas tempat. | Tiap-tiap orang yang akan membicarakan hal adat sesebuah negeri hendaklah dengan benar-benar mengetahui asal usul adat itu supaya terhindar daripada kekeliruan dan salah faham. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Surat atas batu, tidak akan pupus-pupus. | Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jatuh di atas tilam. | Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan. | Jangan mengharapkan sangat sesuatu yang susah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti di atas titian. | Dalam kebimbangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menyurat di atas air. | Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menulis di atas air. | Memberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |