Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ta.san] | اتسن

Definisi : (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ta.san] | اتسن

Definisi : yg lebih tinggi; yg di atas: orang ~ orang yg berpangkat tinggi; pembesar-pembesar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a) Seorang pegawai menjalankan tugas bagi pegawai atasan kerana pegawai atasan bercuti. Perlukah beliau menulis 'bagi pihak atau b/p' apabila menurunkan tandatangan pada memo? a) Seorang pegawai menjalankan tugas bagi pegawai atasan kerana pegawai atasan berpindah dan tiada pengganti. Perlukah beliau menulis 'bagi pihak atau b/p' apabila menurunkan tandatangan pada memo?Pada amalannya pegawai menjalankan tugas bagi pihak ketua organisasi. Contohnya jika Encik Ahmad bin Ismail, Ketua Bahagian Undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, mendatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya ditulis b.p. Ketua Pengarah. Apabila Encik Ahmad bercuti, pegawainya Encik Abu bin Kassim, Pegawai Undang-undang, menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah (bukan bagi pihak Encik Ahmad).Lain-lain31.12.2011
Pengurusan atasan Majlis Bandaraya Alor Setar juga mengiktiraf penyampaian minit Mesyuarat Kajian Semula pengurusan adalah juga penyampaian Keputusan Hasil Kajian Semula PengurusanSila nyatakan persoalan berkenaan bahasa Melayu dengan lebih jelas agar pihak kami dapat menjawab dengan baik dan betul. Lain-lain24.08.2022
takrifan golongan atasan

Saudara Sue,

Makna perkataan atasan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang, golongan atau  pihak yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll. Contoh ayat, Hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya.

Makna12.08.2009
Di dalam penulisan surat rasmi, apakah kata sapaan tepat untuk seorang pegawai atasan wanita yang belum berkahwin. Adakah ianya Cik, Puan atau Cik Puan? Sekian, terima kasih.

Gelaran Puan paling sesuai walaupun pegawai atasan tersebut belum berkahwin da puan adalah panggilan hormat untuk perempuan. Harap maklum.

Tatabahasa04.08.2008
Salam, 1) Apakah ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus yang wajib dihadiri oleh pegawai atasan? 2) Bolehkah perkataan " Tuan/puan dijemput menghadiri bengkel tersebut tanpa uzur" ? digunakan untuk menjemput pegawai atasan dan kehadiran adalah wajib.

1. Penggunaan ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus bergantung pada kursus yang hendak diadakan.

2. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pegawai /Semua pegawai wajib menghadiri kursus ini. 

Tatabahasa11.05.2010
Adakah perkataan "kira" salah digunakan dalam contoh ayat ini? Saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan. Jawapan yang dicadangkan ialah "kira" salah digunakan, tetapi menurut Kamus Dewan edisi ke4, kira bermaksud fikir, rasa, anggap, contohnya Saya fikir malam nanti baru ia tiba di sini.Berdasarkan huraian dalam Kamus Dewan, perkataan kira boleh digunakan dalam konteks ayat contoh yang tuan berikan "saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan".Tatabahasa15.10.2012
Apakah kata sapaan untuk pegawai atasan lelaki di dalam minit mesyuarat?Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama penerima anugerah bintang atau pingat dan seumpamanya, contohnya YBhg. Dato Ali bin Ahmad. Jika pegawai tersebut bukan termasuk dalam golongan tersebut, maka sapaan tuan/encik digunakan  Lain-lain28.03.2012
Sekiranya pegawai menurunkan tandatangan bagi pihak pegawai atasan dalam surat rasmi, adakah perlu nyatakan jawatan pegawai tersebut selepas nama?
Untuk makluman tuan/puan, cara menulis nama orang yang menandatangani surat mengikut buku Gaya Dewan terbitan DBP adalah seperti yang berikut:  

Saya yang menjalankan amanah,



(ROSZIANWATY BINTI xxx) Ketua Bahagian ... (jawatan)
b.p. Ketua Pengarah 

Untuk makluman tuan/puan juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini. 
   
Lain-lain06.10.2020
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya.Ciri-ciri  sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005).Lain-lain12.04.2010
Adakah frasa "tiada kucing tikus menari-nari" yang merujuk kepada, ketiadaan pegawai atasan, pekerja bawahan tidak bekerja sebaiknya, ini peribahasa atau bahasa perbualan/ percakapan sahaja? Mohon penjelasan.Peribahasa yang tepat  ialah "kucing pergi tikus menari" yang membawa maksud perbuatan bersuka ria oleh pekerja apabila ketua tiada.Lain-lain21.12.2020
12345

Kembali ke atas